KUALA LUMPUR, 13 November - Selaras dengan perlaksanaan sistem tambang baru LRT dan monorel bulan depan, Rapid KL akan membuat penjualan awal pakej-pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan mulai Ahad ini (15 November) untuk kemudahan para pengguna membuat persiapan.
Kedua-dua pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan, yang memberikan penjimatan lebih kepada para pengguna, boleh dibeli di mana-mana stesen monorel dan LRT termasuk empat stesen baru Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.
“Kami menyarankan para pengguna untuk bertindak awal dan mendapatkan pakej-pakej ini sekarang supaya tidak tergesa-gesa apabila sistem tambang baru dilaksanakan pada 2 Disember nanti.
“Apa yang perlu dilakukan oleh para pelanggan adalah membawa Kad MyRapid yang mereka gunakan sekarang ke kaunter-kaunter berkenaan untuk urusan pembelian pakej-pakej SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan ini.
“Bagi mereka yang tidak mempunyai Kad MyRapid, mereka perlu membeli Kad-Kad baru pada harga RM5. Pakej-pakej ini adalah eksklusif untuk para pengguna Kad MyRapid sahaja,” kata jurucakap Rapid KL, Encik Lim Jin Aun.
Untuk pakej MyRapid SMART 7 Mingguan untuk tempoh perjalanan 7 hari, para pengguna dikenakan bayaran premium RM2.50 manakala pakej MyRapid SMART 30 pula, para pengguna perlu membayar premium RM10 untuk tempoh perjalanan 30 hari.
Pakej-pakej ini diperkenalkan selaras dengan urusan pelarasan tambang LRT dan monorel, yang diumumkan pada 2 November lepas oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), yang merupakan pemegang aset dan pengendali perkhidmatan LRT dan monorel serta bas awam Rapid KL.

Dalam pelarasan yang diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz itu, sistem tambang untuk LRT dan monorel diseragamkan untuk berdasarkan jarak (dan kadar tambang yang menurun semakin jauh perjalanan) sekali gus menyebabkan perubahan dalam tambang-tambang yang sedia ada sekarang termasuk penurunan, dan kenaikan tambang untuk sektor-sektor perjalanan tertentu dibandingkan dengan tambang sekarang.
Menurut Lim, dengan pengenalan pakej baru ini, pas-pas MyRapid Rail dan MyRapid Integrasi tidak akan ditawarkan untuk jualan dan pembaharuan mulai esok (14 November).
"Bagaimanapun, para pelanggan yang mempunyai pas yang masih aktif boleh terus menggunakannya sehingga tamat tempoh kad-kad berkenaan. Mereka boleh membeli pakej MyRapid SMART 7 Mingguan atau SMART 30 Bulanan selepas tamat tempoh kad bulanan masing-masing,” tambah Lim, yang juga adalah Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana.

Berbeza dengan pas bulanan MyRapid yang digunakan, baki tabungan dalam kad yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sekali gus memberikan penjimatan kepada para pengguna.
“Untuk kad bulanan sekarang, ianya akan lupus setiap kali berakhir satu bulan walaupun kad berkenaan tidak digunakan. Itu kelebihan pakej MyRapid SMART 7 Mingguan dan SMART 30 Bulanan ini,” kata Lim.
Walaupun dibeli sekarang, penggunaan pakej-pakej berkenaan akan hanya digunakan mulai 2 Disember nanti apabila sistem tambang baru berkuatkuasa. Para pelanggan digalakan untuk melayari laman web www.myrapid.com.my untuk mendapatkan maklumat penuh.

0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..