Full Width CSS

Alasan Silap Taip & Menyebabkan Lebihan RM 2.2 Bilion Projek Terowong Dasar Laut Adalah Alasan Bodoh


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan agar berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat Pulau Pinang kerana Guan Eng perlu ingat, rakyat negeri ini pernah menaik dan menjatuhkan kerajaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin berkata demikian mengulas kenyataan Guan Eng berhubung kesilapan berkenaan kos pembinaan terowong dasar laut di negeri tersebut.

Sebelum ini Kerajaan Negeri didesak memberikan penjelasan terhadap perbezaan jumlah kos projek pembinaan terowong dan tiga lebuh raya yang terdapat berbezaan sebanyak RM2.25 billion.
Atas desakan tersebut, Guan Eng akhirnya membuat kenyataan bahawa terdapat kesalahan menaip terhadap jumlah tersebut.

“Saya hairan bagaimana Ketua Menteri yang dikatakan mempunyai 20 orang pembantu ini boleh berulang kali melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan memberi alasan yang amat tidak masuk akal. Jika sebelum ini keputusan undi Jawatan Kerja Pusat (CEC) dikatakan salah kira, kini kos terowong pula dikatakan salah taip.

“Ini kesalahan yang kita tahu, bagaimana pula dengan yang kita tidak tahu… Sudahlah memberi alasan yang amat goyah. Saya mahu ingatkan Guan Eng agar jangan memperbodohkan rakyat negeri Pulau Pinang. Jangan lupa bagaimana mereka menolak kerajaan dari negeri ini dan tidak mustahil DAP akan menerima nasib yang sama.

“Rakyat negeri ini bukan bodoh. Lebih baik dia kaji semula projek ini dan batalkannya kerana dua jambatan sudah mencukupi untuk negeri ini. Ini adalah projek yang amat membazir. Rakyat sudah menyatakan ketidaksetujuan mereka.

“Sudahlah pengumuman berkenaan projek ini dibuat tergesa-gesa. Lepas buat pengumuman baru hendak berbincang. Adakah projek ini telah dibuat penilaian yang rapi dan adakah telah dibuat Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)? Jika telah lakukan, pamerkan keputusannya,” ujar Zainal Abidin kepada UMNO-Online.

Tambah Zainal, projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer ini jika diteruskan bakal menyaksikan sekurang-kurangnya sumber pendapatan dua ribu nelayan termasuk di di kawasan Persiaran Gurney ke Teluk Bahang di bahagian pulau dan dari Butterworth ke Bagan Ajam serta utara Seberang Perai terjejas. Begitu juga dengan nelayan sambilan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan sepanjang pesisir pantai.

Projek ini juga sekaligus membuktikan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP menidakkan kebajikan rakyat sedangkan tanah tebus guna seluas 44 hektar yang dicadangkan di Tanjung Pinang ini dengan kos RM4.8 billion boleh dibangunkan dengan perumahan mampu milik.

“Selama lima tahun memerintah, DAP gagal membela nasib rakyat tetapi begitu ghairah menjual tanah kerana kenaikan mendadak nilai hartanah. Mereka tamak sehinggakan rakyat menjadi korban.
“Dengarnya tol yang bakal dikenakan pula adalah sebanyak RM10. Sekiranya benar jumlah ini dikenakan maka bersamaan 21.9 juta pengguna setiap tahun selama 20 tahun, pulangan RM6.57 billion mampu dicapai menjadikan anggaran keuntungan RM270 juta sepanjang tempoh 30 tahun konsesi. Jadi, pikir-pikirkanlah,” ujarnya lagi.

Post a Comment

0 Comments