Full Width CSS

Fakta Yang Mungkin Anda Tak Perasan Mengenai Kenaikan Harga Tambang #ERL


Saya berkesempatan membaca beberapa kenyataan dan membuat research mengenai kenaikan harga tambang ERL bermula 1 Januari 2016 (esok).

Ramai yang marah dan meluahkan perasaan serta kekecewaan mereka. Sebagai pengguna ERL walaupun tidak kerap, saya juga turut merasai kenaikan harga tambang ini.

Seperti yang kita ketahui hanya melalui pembacaan di laman media sosial, kadar tambang ERL Express akan meningkat sebanyak RM20 untuk perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA / KLIA 2 atau sebaliknya.

Tahun 1999 - 2015 : RM35.00
Tahun 2016 : RM55.00

Memang benar, ianya nampak mahal daripada sebelumnya. Tapi pengguna diberi beberapa pilihan bayaran. Berikut saya kongsikan tips untuk panduan pengguna-pengguna yang barangkali banyak pihak tidak ketahui mengenainya.

1. Jimat RM10.00

Pengguna boleh mendapat penjimatan RM10.00 sekiranya membeli tiket ERL Express pergi & balik (return trip). Cara ini amat digalakkan jika anda mengetahui tarikh pergi dan balik daripada perjalanan anda.

RM55.00 sehala x 2 hala = RM110.00 

Tapi pengguna hanya perlu bayar RM100.00 saja. Jimat RM10.00 walaupun sedikit tapi berbaloi juga lah kan.

2. Jimat 10% Beli Secara Online & Kiosk

Jimat 10% jika pengguna membeli tiket secara online, apps mobile ataupun di kiosk layan diri di KL Sentral dan KLIA / KLIA 2. Sekiranya anda pengguna tetap ERL Express, mungkin perolehan tiket dengan cara begini juga berbaloi kerana kebanyakan kita hari ini menggunakan smartphone sebagai perantara urusan harian.

Harga asal RM55.00 - 10% (RM5.50) = RM49.50

Tapi sekiranya para pembaca sekalian membeli tiket pergi & balik (return trip), anda hanya perlu menyediakan RM90.00 saja untuk memperoleh harga tambang yang murah. Untuk itu, anda telah jimat RM20.00.

3. Bayar Guna Mastercard Jimat 20%

Seperti penjimatan di atas, cara pembelian tetap sama tapi pembayaran menggunakan card debit / kredit Mastercard akan memberikan anda pulangan lebih berganda.

RM55.00 - 20% (RM11.00) = RM44.00

Sekiranya anda beli tiket pergi & balik (return trip), anda hanya perlu berbelanja RM80.00 sahaja. Jimat RM30.00.

4. Touch n Go

Confirm anda memiliki sekurang-kurangnya 1 kad Touch n Go dan tahukah anda dengan menggunakan kad tersebut, pengguna dapat penjimatan RM5.50 (10%) daripada harga asal untuk laluan sehala.

Itu saja saya nak kongsikan. Artikel ini tidak dibayar oleh pihak ERL pun tapi sekadar berkongsi maklumat yang dapat membantu saya dan anda semua berjimat.

3hb, 8hb dan 15hb Januari ini saya akan menggunakan perkhidmatan ERL. Insyallah saya akan cuba mana-mana tawaran yang dapat menjimatkan duit poket saya ni.

Kalau berkesempatan, saya akan berkongsi pengalaman mengenai penggunaan antara empat kaedah yang ditawarkan.

Maklumat lanjut, baca sendiri di www.kliaekspres.com

Kongsikan artikel ini jika anda rasa berfaedah. Terima kasih & selamat tahun baru 2016 !

Post a Comment

2 Comments

  1. tak banyak pilihan bro. satu lagi tip kalau taknak bayar rm55 tu, tak payah beli.
    lagi best, bayar rm55 tetapi jangan naik. biar erl express tu tertipu....haha

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..