Berikut dikongsikan posting daripada kawan² di Facebook mengenai 'kos' sara hidup yang menghantui rakyat Malaysia.
Adakah ianya kenyataan atau sebenarnya keluhan semata².
1. Tiket Feri Langkawi sold out.
2. Kesesakan lalulintas dari utara sehinggalah ke selatan.
3. Tiket wayang TGV jenis 'Indulge' bernilai RM 75 satu sold out selama 2 minggu.
4. Mitsui Premium Outlet, Johor Premium Outlet, A'Farmosa Premium Outlet penuh sesak.
5. Beratur pemeriksaan kastam di selatan dan di utara sesak.
6. Tiket penerbangan ke negara jiran hanya 'left 4 seats' sehingga hujung tahun.
7. Sale Habib Jewel penuh sesak. (Emas 916 bernilai RM180/g)
8. Pembukaan Gedung Fesyen Muslimah, GIO Mall diserbu.
9. Hampir semua RnR penuh sesak dengan kenderaan.
10. Tadika Premium seperti Little Caliph, Genius Aulad dan lain-lain hampir penuh didaftarkan. (Yuran satu semester di tadika melebihi yuran pengajian di IPTA)
P/S: Rakyat masih merana.
Kenyataan di atas ini, memang ada benarnya kerana ada sesetengah kalangan rakyat Malaysia hanya terikut² trend pembangkang yang gemar memberi gambaran kos sara hidup yang tinggi di sini walhal realitinya kalangan yang mengeluh tersebut masih boleh membuat simpanan untuk bercuti ke luar dan dalam negara.
Namun tak dinafikan, memang wujud golongan yang benar² merasai bebanan kos sara hidup akhir² ini dek kerana sikap pengedar yang tidak bertanggungjawab.
1 Comments
berterus terang malu, tapi nak tunjuk juga rasa tak puas hati. rakyat malaysia bukan benar2 susah melarat. mereka sebenarnya memang jenis suka mengeluh dan tidak punya jati diri yang kuat. jika semalam ada duit 100, kalau hari ini berkurang 50 sen kerana sudah dibelanjakan mereka akan mengeluh. tidak boleh berkurang sedikit dan tidak mampu untuk menyimpan rasa marah kerana kekayaan mereka berkurang sedikit. dalam kesempitan ekonomi global begini, kesyukuran kerana masih dikurniakan rezeki tidak kedengaran. yang ada cumalah luahan2 beban kos hidup tinggi. namun sangat jarang kedengaran ada yang tidak mampu untuk membeli makanan. dalam sibuk2 mengatakan kesukaran untuk terus hidup, shopping kompleks tetap penuh dengan pengunjung. restoran2 mahal tetap ada pelanggan. warung2 mamak tak pernah reda 24 jam. panggung wayang juga penuh sesak. jalan2 raya bertol penuh sesak walaupun harga tol dah naik. kedai jual kereta ada sahaja pengunjung bertanyakan harga kereta. maaf cakap la, kebanyakkan mereka ni buat wayang untuk menunjukkan kemiskinan di mulut sedangkan tangan sedang memegang aiskirm mahal yang disorok di belakang. lebih ramai yang menipu berbanding dengan yang jujur, sehingga Allahpun jika boleh mereka nak tipu. mereka lupa Allah yang bagi rezeki.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..