Full Width CSS

Penumpang Perlu Membuat Penilaian & Rujukan Lebih Mengenai Tambang Pengangkutan Awam #PenggunaBijak


Kalau kita rujuk pada keratan akhbar semalam mengenai harga tambang rel terdapat beberapa contoh harga yang diperlihatkan kepada pembaca. Antaranya adalah harga tambang LRT / Monorel yang naik sehingga RM 3.00.

Sebagai contoh kesilapan adalah kadar harga tambang Medan Tuanku ke Sri Petaling. Di dalam gambar, dimaklumkan kadar harga tambang sebelum penyelarasan dikuatkuasakan adalah sebanyak RM 3.50 tetapi ditulis sebanyak RM 2.80.

Harga sebelum RM 3.50
Harga baru RM 5.80
Perbezaan RM 2.30

Saya tertarik dengan perjalanan di antara Medan Tuanku ke Sri Petaling seperti yang direkodkan dalam gambar di atas. Untuk perjalanan dari atau ke lokasi seperti di atas, pengguna perlu menggunakan dua perkhidmatan tren RapidKL iaitu Monorel dan kemudian membuat pertukaran tren LRT Ampang Line di stesen Hang Tuah menuju ke Sri Petaling dan begitulah sebaliknya.

Bulatan biru adalah kawasan Medan Tuanku. Bulatan merah 1 stesen Monorel Medan Tuanku dan bulatan merah stesen LRT Sultan Ismail.

Sekiranya pengguna menggunakan perkhidmatan Monorel, maka kos dan tempoh perjalanan yang diambil diyakini berlebihan dan merugikan jika hendak dibandingkan dengan menggunakan satu saja perkhidmatan tren.

Sebagai pemerhati yang prihatin, saya mencadangkan kepada pengguna tersebut supaya menaiki LRT daripada stesen Sultan Ismail yang terletak kira² 500 meter daripada kawasan Medan Tuanku dengan menggunakan jejantas yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk keselesaan dan keselamatan pengguna khususnya.


Dengan menggunakan satu perkhidmatan tren, pengguna dapat mengurangkan perbelanjaan tambang. Lihat di bawah contoh harga yang telah ditetapkan dan perbezaannya yang anda boleh kira sendiri.


Sekiranya anda adalah pengguna regular perkhidmatan tren RapidKL, adalah lebih baik anda menggunapakai pakej Smart 7 atau Smart 30 yang membantu anda mengurangkan sedikit perbelanjaan.

Pilihan terletak pada tangan anda sebagai pengguna. Buatlah pilihan bijak dan pastinya pilihan bijak akan membantu anda menjimatkan perbelanjaan harian.


Maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi RapidKL

Post a Comment

0 Comments