Akibat tidak boleh menerima nasihat, seorang veteran UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz memaksa Dr Fathul Bari memberhentikan ucapannya sesegera mungkin dengan memberi helah DFB menghina keluarga Rasulullah.
Akibat dari tindakan veteran UMNO itu, mood DFB dan mood hadirin terus bertukar menjadi hambar.
Persoalannya siapa yang lebih faham tentang ucapan yang sedang disampaikan? DFB atau veteran UMNO tersebut?
Kenapa sehingga memaksa menghentikan ucapan sebelum meminta pencerahan? Kan korang berdepan je tu. Bukan jauh pun nak mintak pencerahan.
DFB menyatakan beliau bersangka baik yang veteran UMNO tersebut mungkin tersilap faham.
Ye lah, DFB memang suka bersangka baik sahaja orangnya, tapi orang terencat akal lihat pun boleh tahu veteran UMNO tersebut memang sengaja mahu DFB memberhentikan ucapannya dengan segera.
Helah veteran UMNO yang digunakan juga agak memalukan kerana menunjukkan beliau agak jahil dalam agama. Agak tidak logik menggunakan alasan, kisah Aisyah difitnah berzina jangan diceritakan kerana ianya aib. Padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah di surah An Nur ayat 11 hingga 26 dan juga dicertikan oleh Rasulnya di dalam hadis-hadis sahih. Adakah Allah dan Rasul mengaibkan Aisya?
Tema ucapan yang dibawa DFB adalah kesan fitnah dan perpaduan tetapi jika sudah sombong, angkuh dan tidak mahu mendengar nasihat, penjelasan dari Al-Quran dan Hadis Nabi berkaitan tema ini pun dia tolak tanpa alasan yang munasabah.
DFB mengajak semua ahli UMNO jauhi fitnah dan bersatu tetapi malangnya veteran UMNO lebih suka menolak ajakan tersebut. Bertambah malang lagi beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.
Lebih menghairankan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memaksa penyokong kepada usul dasar Presiden UMNO berhenti berucap dengan segera. Apa sebenarnya yang berlaku?
1 Comments
Nampak sangat pakcik tua tu.....dah nyanyuk.....tengok pun tahu dia ni penyokong tegar muhyiddin....sebab tu dia terasa bila cerita pasal FITNAH kerana muhyiddin kan kaki FITNAH
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..