Full Width CSS

Guan Eng Bagi Nasihat Pada Mukhriz Supaya Jangan Melatah #SelamatkanKedah


Konflik politik di Kedah boleh diselesaikan dengan mengadakan usul undi percaya dalam sidang Dun untuk menentukan sokongan sebenar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu bagi membolehkan sokongan kesemua wakil rakyat diterjemahkan melalui saluran yang betul terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berpendapat Kedah mempunyai beberapa pilihan namun sidang Dun tergempar untuk usul undi percaya adalah yang terbaik untuk menangani krisis ini bagi membolehkan wakil rakyat membuat pilihan.

"Pembubaran bukan langkah yang betul sebaliknya perlu adakan usul undi percaya terlebih dahulu.

"Ini jalan terbaik selesaikan krisis dan menyelamatkan saya kerana banyak pihak yang menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk mengalihkan perhatian dari krisis yang berlaku di Kedah," katanya kepada media semalam.

Ditanya mengenai pendirian dua wakil DAP di Kedah jika diadakan undi percaya, Guan Eng berkata tidak mahu membuat keputusan terlalu awal.

"Biar ikita buat selangkah demi selangkah. Selesaikan satu persatu, biar fasa pertama ini selesai dahulu, baru boleh pergi ke fasa seterusnya," katanya.

Bagaimanapun, semua keputusan bergantung kepada Mukhriz untuk menyelesaikan masalah politik di negeri itu.

"Apa yang penting ialah penuhi kehendak rakyat dan kena hormat perlembagaan," katanya.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lalu apabila kepimpinan Umno negeri itu yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah.

Post a Comment

1 Comments

  1. waaahh.. tokong gangster lim kasi 'nasehat' pd anak mamak kerala?
    Syaitan bg nasehat pd anak mamak... waooww... fantastic!


    sejak bila pulak UMNo Kedah atau lebih spesifik MB kedah sign MOU dgn DAPig dlm hal urusa tadbir dan politik Kedah?

    awhh diam2 anak mamak sudah ada 'muah2' dgn DAPig penang..

    syg betul mamak dgn cinapek.. xckup dgn YTL.. dkrg dgn Tokong Lim pulak.. demi nk jahanamkan UMNO..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..