Full Width CSS

Jom Sertai Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan @MSWP_WIPERS @razlanrafii


Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Mohd Razlan Muhammad Rafii menunjukkan Poster Program Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 semasa majlis sidang media di Taman Botani Putrajaya.

MSWP mensasarkan 6,000 peserta menyertai Program Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan pada 28 Februari ini bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016.

Pengarah MSWP, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata program kali kelima itu akan bermula jam 8 pagi, dengan membabitkan jarak sejauh 40 kilometer, bermula dari Dataran Putrajaya Presint 3 dan melalui kawasan perumahan sekitar Putrajaya. Katanya, program itu bertujuan menggalakkan warga kota mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tiga kaum di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.

"Antaranya, kabbadi, bola keranjang, bola sepak jalanan dan bola jaring. Program dijangka tamat pada 4 petang," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Post a Comment

0 Comments