Full Width CSS

Lelaki Disyaki IS Ditahan Di Hotel Disneyland Paris


Seorang lelaki yang membawa dua pistol, peluru dan senaskhah Al-Quran ditangkap di sebuah hotel di Disneyland Paris, menurut seorang sumber polis.

Lelaki itu dikesan sebaik sahaja tiba di hotel yang ditempahnya di Disneyland. Pihak keselamatan hotel mendapati dia membawa dua pistol, senaskhah Al-Quran dan peluru, menurut sumber itu.

Disneyland Paris menyatakan kedua-dua pistol itu dikesan hasil imbasan rutin terhadap beg-beg yang dibawa lelaki itu di pintu masuk hotel.
Polis menangkap suspek tersebut dan mengepung kenderaannya.

Seorang sumber polis berkata siasatan awal tidak menunjukkan suspek ada kaitan dengan mana² kumpulan pengganas dan lelaki itu berkata dia membawa senjata api kerana khuatir akan keselamatannya.

Polis kemudian menangkap seorang wanita, yang dipercayai adalah teman wanitanya, namun membebaskan wanita itu setelah menyedari beliau bukan orang yang diburu mereka, menurut salah seorang sumber polis.

Dokumen-dokumen yang didapati pada suspek menunjukkan dia tinggal di Paris, namun butiran lanjut belum didedahkan.

Kejadian itu berlaku di hotel Art Deco-style New York berhampiran taman tema itu, yang terletak sekitar 30 kilometer daripada timur ibu kota Perancis.

"Kami sedang terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan keselamatan para pengunjung dan kakitangan adalah keutamaan kami," kata jurucakap Disneyland Paris, Francois Banon, dalam satu kenyataan.

Disneyland Paris merupakan taman tema yang paling popular di Eropah, dan menarik 14.8 juta pengunjung pada 2015, menurut laporan tahunan Euro Disney.

Perancis kini diletakkan pada tahap berjaga² tinggi selepas serangan pengganas di Paris pada November lalu mensasarkan kafe-kafe, sebuah dewan konsert dan stadium negara Stade de France, hingga membunuh 130 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Kumpulan ISIS mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Post a Comment

0 Comments