Full Width CSS

Penat Pasang Jambatan Pun Tak Habis Lagi, Hari Ini Jambatan Hilang ! #ATM


Semalam sehari suntuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pasang jambatan terapung sementara di sebuah kampung di Kuala Krai, Kelantan.

Saya berkesempatan melihat perkembangan kerja-kerja memasang jambatan terapung tersebut melalui Facebook hasil perkongsian rakan-rakan di sana.

Hasilnya pada sebelah petang, jambatan tersebut berjaya disiapkan untuk kegunaan penduduk tempatan setelah jambatan asal runtuh akibat dibawa arus sungai deras.



Tiba-tiba pagi ini jambatan tersebut telah hilang dibawa arus dikatakan beserta kayu balak.

Tak tahulah nak cakap apa lagi. Saya amat simpati kepada warga ATM yang bertungkus lumus menyiapkan jambatan sementara ini. Bak kata orang, penat semalam pun tak habis lagi. Sedar-sedar jer jambatan yang disiapkan semalam hanyut dibawa arus.


Saya juga bersimpati dengan nasib penduduk kampung di situ. Bersabarlah sesungguhnya ini adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui segala perancangannya.

Apa pun sekalung tahniah diucapkan kepada ATM yang menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat tempatan. May Allah bless u all perajurit tanah air.

* ada lagi ker aktiviti menebang balak secara rakus di Kelantan?

#HanyaDiKelantan.

Post a Comment

5 Comments

  1. Masa saya tengok berita pasang jambatan terapung tu saya dah tahu dah jambatan tu tak lama kerana tiada lorong sampah apatah lagi balak...pengajarannya fikir dulu sebelum buat, siapa la agaknya jurutera penasihat pada jambatan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm gambar atas ...laluan sampah ade...laluan balak yg takde.

      Delete
    2. Tue jambatan terapung.kalau dah terapung memang terapung LA karakter dia. Memang xder laluan sampah kat bawah dia. Pastu boleh agak ker tetiba kayu balak nak datang. Bab nak kondem orang no 1.

      Delete
  2. Ade hikmah runtuh sebelum siap.... kot klu runtuh masa orang kampong sedang menyeberang lagi haru. Terimakasih pada atm yang telah berusaha... jangan putus asa.

    ReplyDelete
  3. Rakus dok tebang balak. Kayakan taukey cina

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..