Full Width CSS

Penumpang Terperangkap 3 Jam Dalam Pesawat #AirAsia Yang Tak Terbang²


Kira-kira 170 penumpang berang selepas ‘terperangkap’ selama hampir tiga jam dalam sebuah pesawat AirAsia dan tidak dibenarkan keluar dari kapal terbang itu di KLIA2, di sini hari ini.

Pesawat AirAsia AK6442 menuju ke Kota Bharu, Kelantan tersebut dijadual berlepas pada pukul 8.30 malam ini.
Bagaimanapun, juruterbang mengumumkan penerbangan tergendala seketika dengan alasan perlu menunggu dokumen pelepasan serta mengisi minyak pesawat.

Selepas sejam, penumpang mula resah apabila pesawat berkenaan masih tergendala.

Mereka berang dan menuntut penjelasan daripada pramugari yang bertugas.


Kira-kira pukul 10.30 malam, juruterbang pesawat terbabit membuat pengumuman memberitahu, penerbangan tersebut akan diteruskan oleh juruterbang lain.

“Setakat ini, kita masih menunggu dokumen pelepasan dan minyak juga belum sampai.

“Untuk makluman penumpang, saya tidak akan meneruskan penerbangan ini dan juruterbang lain sedang dalam perjalanan. Harap maaf,” katanya.

Penumpang turut berang apabila syarikat penerbangan tersebut tidak menyediakan makanan atau minuman biarpun ‘terperangkap’ dalam tempoh yang lama.

Sumber : Kosmo

Post a Comment

1 Comments

  1. keling berniaga..u nak makan u kena beli..x faham lg ke

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..