Full Width CSS

[Video] Tiada Lagi Penerbangan MAS #MH19 Ke Paris & Amsterdam


Malaysia Airlines Berhad MAB menghentikan laluan penerbangan ke Paris dan Amsterdam mulai 25 Januari 2016.

Ia susulan pemeteraian perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan dari Dubai, Emirates untuk mengembangkan liputannya ke lebih 90 lokasi di peringkat global.
Dalam laporan suku pertama, MAB berkata permintaan penerbangan charter dari China dan Asia utara telah menunjukkan satu trajektori positif dipacu oleh permintaan pelancongan tempatan yang semakin meningkat.

Pihaknya turut memeterai perjanjian menyediakan tambahan 180 penerbangan charter dari China ke Sabah. Perkhidmatan charter dari Kuala Lumpur ke Madinah turut mencatatkan prestasi yang baik.

Ketika ini, MAB juga dalam proses melupuskan aset bukan teras untuk terus menumpukan kepada perniagaan terasnya.

MAB juga telah memeterai kontrak dengan sistem perisian AirPas yang bakal menjimatkan kos operasinya sebanyak 20 peratus dalam tempoh 18 bulan.

Post a Comment

0 Comments