Full Width CSS

Flat Sri Kota Akan Dibina Tempat Parking Bertingkat ‪#‎WilayahkuCeria‬


Ketua UMNO Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar ketika berucap pada Kenduri 1Wilayah Persekutuan parlimen Bandar Tun Razak memberitahu bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina tempat meletak kereta bertingkat di Perumahan Awam DBKL Sri Kota setelah mengambil kira kepadatan tempat parking sedia ada dan aduan daripada penduduk setempat.

Hal ini sememangnya menggembirakan banyak pihak terutamanya penduduk di sini kerana permasalahan utama penduduk dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat kelak. Sudah pasti masalah lalu lintas serta halangan kereta bukan lagi isu di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapan perasmian mengesahkan cadangan projek berkenaan dan beliau turut memberitahu bahawa 5 buah kawasan perumahan awam lagi seperti di ;

i. Sri Sabah
ii. PPR Taman Mulia,
iii. PPR Desa Tun Razak,
iv. PPR Raya Permai
v. PPR Desa Petaling

Juga turut akan dibangunkan tempat meletak kereta bertingkat.


"Usaha ini juga bakal mencerminkan Kuala Lumpur sebagai kota yang ceria dan harmoni seiring dengan pembangunan fizikal yang dilaksanakan", katanya.

Alhamdulillah satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk warga kot Kuala Lumpur.

Siapa kata suara kita tak didengari?

Suara kita didengari tetapi ia perlu dikaji dan dilihat dari pelbagai sudut terlebih dahulu sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Post a Comment

0 Comments