Full Width CSS

Untunglah Staf Rapid Bus & Rail Diberi Latihan Dan Graduate Dapat Diploma Pula


Sememangnya beruntung apabila seseorang tersebut dapat berkhidmat di Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kerana bukan saja syarikat ini di bawah GLC yang dimiliki kerajaan Malaysia bahkan staf mereka dapat memiliki sesuatu yang lebih terbaik di dalam hidup.

Siapa sangka walaupun ada staf sekadar berkelulusan SPM semasa memohon pekerjaan di sini, kini berkat usaha kerja yang ikhlas dan bertanggungjawab, pihak syarikat menawarkan pengajian sambil bekerja kepada staf mereka. Kini seramai 377 staf mereka menerima Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.

Daripada jumlah 436 orang pegawai dan staf Prasarana, seramai 29 orang menerima Anugerah Pencapaian (Achievement of Recognition) daripada badan antarabangsa Institute of Supply Chain Management (ISM).

Majlis Konvokesyen Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) 2016 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini dan buat julung kali dalam sejarah, Prasarana telah menggabungkan majlis konvokesyen graduan dua anak syarikatnya - Rapid Bus Sdn Bhd dan Rapid Rail Sdn Bhd, yang masing-masing lulus dalam pelbagai program latihan dengan Akademi Bas dan Akademi Rel.

Mekanik bas sedang memeriksa enjin bas

Antara program yang disediakan di Akademi Bas
1. Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan,
2. Koordinasi Pengurusan Acara
3. Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia.

Akademi Rel : 
1. Pemandu Tren,2
2. Operasi Stesen,
3, Operasi Tren,
4. Pengurusan Kualiti Tren,
5. Penyelenggaraan Tren,
6. Sistem Elektrik Tren,
7. Pengurusan Isyarat dan Komunikasi,
8. Penyelenggaraan Tren Elektrik
9. Pengurusan Operasi Tren.

Jurutera Rel sedang menyelenggara landasan LRT

Dalam perutusannya kepada graduan, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam Berkata staf Rapid Bus dan Rapid Rail perlu sentiasa bergading bahu dan bekerja erat kerana mereka saling melengkapkan antara satu sama lain.

“Seperti abang dan adik dalam satu keluarga, Rapid Bus dan Rapid Rail bergerak beriringan bersama-sama dengan Prasarana dalam meningkatkan kualiti, memertabatkan imej dan memperkasakan status pengangkutan awam negara,” katanya.

Tan Sri Ismail juga berharap kedua-dua Akademi Bas dan Akademi Rel perlu terus mengorak langkah dan membanyakkan tenaga mahir dalam perkhidmatan pengangkutan awam

“Dengan jumlah penduduk Malaysia dijangka terus meningkat khususnya untuk Lembah Klang, skop pengangkutan awam darat perlu diluaskan dari segi bilangan dan juga liputan kawasan. Malaysia akan memerlukan lebih ramai tenaga mahir untuk bidang ini,” tambah beliau.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz pula berharap kedua-dua Akademi Bas dan Akademi Rel akan meneruskan kerja cemerlang mereka demi kelangsungan projek-projek yang dikendalikan oleh Prasarana.

“Sandaran Prasarana kepada Akademi Bas dan Akademi Rel kini semakin kuat dengan operasi yang lebih meluas. Pelancaran perkhidmatan bas Rapid Kamunting pada 3 Mac ini dan pembukaan penuh Penyambungan Jajaran LRT tidak lama lagi menuntut kita melahirkan lebih ramai pekerja mahir,” tambah beliau

Post a Comment

0 Comments