Full Width CSS

AWAS & KEJARA Akan Mula Dilaksanakan Mei Ini - Timbalan Menteri @AKaprawi


Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dilaksanakan mulai Mei ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan sistem itu akan dibentang ke Parlimen bulan depan.

Sekiranya diluluskan, katanya, AWAS akan berkuat kuasa serta-merta kerana kemudahan infrastruktur sudah siap sepenuhnya.

"Sistem itu mempunyai 60 mata terbahagi kepada tiga iaitu 20 mata pertama diberi amaran manakala 20 mata kedua digantung lesen.

"Bagaimanapun, jika pemandu menyertai program pemulihan, tempoh penggantungan dikurangkan separuh manakala jumlah keseluruhan 60 mata dibatalkan lesen," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ab Aziz berkata, selaras penguatkuasaan AWAS, kementerian mencadangkan kadar saman AES dikurangkan tetapi ia tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Katanya, lebih banyak kamera AES akan dipasang di lokasi kerap berlaku kemalangan termasuk di lebuh raya dan jalan persekutuan serta lampu isyarat.

"Setakat ini, sebanyak 40 kamera AES berfungsi dan kita bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk mengenal pasti lokasi bagi pemasangan AES secara berperingkat," katanya.

Sumber : Aziz Kaprawi

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya setuju AWAS & KEJARA dikuatkuasakan, namun mohon pihak berkaitan mengkaji halaju selamat bagi kawasan2 jalan yang terbabit. Kadang2 sangat lucu bila melalui jalan lurus yang lebar (setengahnya 2 lane sehala) halajunya 60km/j!. Lawak apakah ini. Adakah ini caranya untuk mengutip hasil melalui saman atau kompaun? Seharusnya JPJ dengan kerjasama pihak2 berkaitan mengkaji halaju di jalan2 tertentu yang dirasakan sangat rendah dan kurang munasabah. Halaju lebuhraya juga. 110km/j adalah tidak sesuai dengan kemudahan dan kualiti jalan yang ada. Kes2 kemalangan bukan disebabkan kelajuan sebagai punca utama tetapi faktor manusia seperti lalai, mengantuk dan tidak fokus ketika memandu. Untuk kajian, bagaimana faktor2 manusia ini dapat diubah supaya pemandu lebih berhemah. Menyaman kereta yang dipandu agak laju sebenarnya tidak mengubah statistik kes kemalangan secara keseluruhannya tetapi seolah sebagai sebahagian cara kerajaan menambah hasil.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..