Full Width CSS

Bila Rafizi Nak Dedah Tender Taman Manggis? #LGERasuah


Rafizi Ramli sebagai hero terhebat mendedah segala macam kemungkaran dengan dokumen dokumen sulit yang senang didapati melalui talibarut yang bekerja dalam syarikat atau agensi atau bank, masih belum berjaya perolehi dokumen tender penjualan tanah Taman Manggis.

Tentu jika RR pilih untuk menunjukkan dokumen penjualan tanah yang sepatut nya milik rakyat miskin, dia sudah dapat menunjukan nya.
LTAT, TH, bank akuan NFC, apa sahaja RR boleh perolehi. apatah lagi pejabat Tanah atau pejabat kerajaan.

Pensimpati pembangkang sering tidak merasa dosa untuk menjadi tidak amanah kepada majikan mereka sendiri untuk memberi maklumat berkenaan majikan mereka.

Pelik juga, RR yang begitu mudah memiliki dokumen bank dan kenyataan bank musuh musuh nya, masih gagal untuk mendapat dokumen terpenting untuk membongkar sindiket tanah yang dilakukan oleh mereka yang ketagih tanah seperti parti DAP di Penang.

Mungkin agak nya, RR hanya hebat bila yang hendak dibongkar itu datang dari pihak musuh, menjadi malaikat jika musuh yang melakukan nya, tetapi menjadi syaitan jika pihak pembangkang pula yang melakukan nya.

Isu banglo bukan sahaja menjadi isu beli rumah mahal dengan harga urah bahkan bersama nya ada perjanjian syaitan yang terselit dalam pembelian itu.

Ia seolah olah penjual dapat ambil baki harga rumah daripada projek yang diserah oleh CheatMinister.

Kini setelah parti Gerakan mengesyorkan agar dokumen itu jadi deklasiffied, maka tentu DAP dan PKR akan gembira menyahut nya kerana selama ini mereka lah jaguh menyeru kerajaan BN mendedahkan segala galanya serta berlaku telus.

Maka inilah peluang cakap serupa bikin oleh DAP.

Mereka suka ketelusan, maka silakan bertelus.

Tiada apa yang hendak disorok, maka dedahkan lah.

Nampak gaya RR tidak boleh diharapkan jika seleweng berlaku dipihak nya, perjuangan RR bukan demi kebenaran tetapi demi periuk nasi juga.

Kalau berani dedahkan dan telus dengan menyuruh DAP dedah tender Taman Manggis. Kalau berani lah.

Post a Comment

0 Comments