Full Width CSS

Cerita Sebenar Ketua Penerangan UMNO Cheras Didakwa #SPRM


Apabila membaca berita mengenai Ketua Penerangan UMNO Cheras, saudara Zamri Redzuan di dalam Facebook hari ini, dua perkara saja yang bermain di dalam fikiran saya.

Pertamanya, ini salah satu cubaan divert isu semasa yang sekarang sedang hangat tertumpu terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kes pembelian rumah banglo yang meragu²kan banyak pihak.

Keduanya, saya fikir beliau telah difitnah.

Dakwaan pecah amanah sebanyak RM4,350 membuatkan saya sendiri tergeleng² sambil tersenyum bukan kerana merasakan beliau patut ditangkap tapi berasa kasihan kepada beliau. Apalah sangat jumlah sebanyak tu beliau nak songlap. Tak berbaloi bak kata kawan saya.

Mengenali beliau secara peribadi, saya percaya beliau telah difitnah oleh pihak yang berniat jahat terhadapnya. Manakan pula seorang ahli perniagaan yang mempunyai pendapatan yang jauh lebih baik, boleh dituduh pecah amanah dengan angka yang amat kecil nilainya kepada beliau.

Saya difahamkan isu tersebut berhubung dengan hal bayaran kepada tailor yang sepatutnya menerima bayaran sepenuhnya daripada beliau. Tapi dalam konteks kes ni, di mana keperluan beliau untuk membuat bayaran penuh kepada tailor sekiranya baju yang ditempah tidak mencapai kuantiti yang dikehendaki.

Nak lebih mudah faham, macam ni.

Saya menerima cek daripada seorang kawan untuk buat bayaran kepada tukang jahit dengan jumlah baju sekian². Cara pembayaran mungkin pendahuluan 30% dan bayaran selebihnya (80%) dibayar setelah semua baju disiapkan atau dibayar berdasarkan kuantiti baju yang disiapkan.

Masalahnya saya tak boleh buat bayaran penuh disebabkan beberapa orang belum datang ke kedai tukang jahit untuk diambil ukuran baju. Takkan baju belum siap sepenuhnya, saya perlu buat bayaran penuh?

Saya kenal beliau seorang yang menjaga solatnya dan tidak lokek untuk mengeluarkan wang sendiri untuk kegunaan parti atau kebajikan. Senang cerita, beliau ni orang yang berduit.

Berikut berita asal dari akhbar Sinar Harian Online.

Ketua Penerangan Umno Cheras dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap akaun semasa Umno cawangannya membabitkan cek bernilai RM4,350 dua tahun lalu.

Zamri Redzuan, 50, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan memasukkan cek jumlah tersebut ke dalam akaun peribadinya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit namun ia tidak dibayar sepenuhnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras, dekat sini pada 27 Januari 2014.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairul Anuar Wahab mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Jika disabit dengan kesalahan, Zambri yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan jaminan RM8,000 dan menetapkan 22 April untuk sebutan semula kes.

Kes Lim Guan Eng, bila boleh mulakan siasatan? 

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak pelah...kalau orangnya tu tak tak tinggal solat dan budi pekertinya mulia...Allah tak akan sia siakan dia...kalau betul dia difitnah..buktinya...Pm Najib...

    ReplyDelete
  2. KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Ketua Penerangan Umno, Zamri Redzuan @Ridwan,50, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM4,350 dua tahun lalu.

    Hakim Mohd Nasir Nordin, memutuskan demikian terhadap Zamri, selepas pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam ‎Wan Omar memberitahu pihaknya telah menerima surat representasi daripada pihak pembelaan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

    "Pihak pendakwaan menerima representasi pihak pembelaan dan bersetuju dan memohon mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan menggunapakai Seksyen 376 dibaca bersama Seksyen 254 Kanun tatacara jenayah.

    "Kita tarik balik kes, kita bersetuju dengan rayuan pihak pembelaan menerusi representasi itu. Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,"jelas Wan Ahmad Nidzam ketika ditemui pemberita di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

    Terdahulu, pada pembicaraan April lalu, ‎Zamri mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan memasukkan cek jumlah tersebut ke dalam akaun peribadinya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit namun ia tidak dibayar sepenuhnya.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras, dekat sini pada 27 Januari 2014.

    Jika disabit dengan kesalahan, Zamri yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didend

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..