Full Width CSS

Pemuda Wilayah Sambut Baik Skim #MyDeposit ‪#‎WeWalkTheTalk‬ @NajibRazak @razlanrafii


8 April 2016
PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN SAMBUT BAIK SKIM MYDEPOSIT

Mewakili anak-anak muda khususnya di dalam bandar, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menyambut baik dan menyokong segala bentuk insentif daripada kerajaan Barisan Nasional terutamanya melibatkan kemudahan untuk memiliki rumah di dalam bandar seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pengumuman mengenai perlaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang pernah dibentangkan di dalam Bajet 2016 pada tahun lepas, sedikit sebanyak melegakan kami khususnya anak-anak muda yang berkeinginan memiliki hartanah sendiri di dalam bandar.
PPUWP saban tahun melalui Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dari seluruh Wilayah Persekutuan menerima usul yang boleh ditambahbaik oleh kerajaan bagi memastikan pemilikan rumah terutamanya di dalam bandar berlangsung dalam situasi menang dan menang kepada kedua-dua pihak. Alhamdulillah, suara wakil-wakil pembahas dari UMNO Wilayah Persekutuan di beberapa siri Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, akhirnya direalisasikan demi survival anak muda terutamanya di dalam bandar.

Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini telah memberi impak positif kepada kedua-dua pihak terutamanya, apabila pihak kerajaan telah meminta syarikat pemaju untuk merencanakan inisiatif persendirian dengan mengaplikasikan elemen ‘cross subsidy’ bagi membantu pemaju menampung harga rendah yang ditawarkan di unit Rumawip untuk mendapatkan harga terbaik di unit harga bebas yang dibangunkan.

Setelah itu, timbul beberapa masalah iaitu kesukaran golongan muda menyediakan sejumlah wang deposit yang perlu dijelaskan kepada pemaju untuk memiliki rumah sebelum mendapat kelulusan daripada pihak bank. Dengan pengenalan dan perlaksanaan MyDeposit ini, diyakini permasalahan untuk mendapatkan sebuah rumah baharu, berjaya dipermudahkan.

Namun dalam masa yang sama PPUWP amat berharap agar Bank Negara Malaysia (BNM) dapat membantu mempermudahkan dengan melonggarkan sedikit syarat-syarat dasar untuk peminjam dari golongan muda bagi memiliki rumah pertama mereka. Pihak bank tidak perlu gusar kerana rumah yang dimiliki kelak telah dijual pada harga bawah pasaran dan sudah tentu bank tidak akan rugi sekiranya peminjam gagal melunaskan baki pinjaman. Kerana harga pasaran rumah sentiasa meningkat naik.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Persekutuan kerana mengutamakan kepentingan rakyat. PPUWP menyeru anak-anak muda khususnya untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan hari ini dan terjemahkan semula kepada sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional kelak.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Post a Comment

0 Comments