Full Width CSS

Apahal MoF Tiba² Nak Kenakan Cukai Terhadap Peniaga Online Ni?


Kementerian Kewangan umumkan semalam bahawa mereka mahu mengenakan cukai terhadap peniaga online & driver Uber / Grab sebab pendapatan mereka melebihi RM4,000 sebulan.

Harap pihak Kementerian bersedia dengan jentera mereka untuk menangkis pelbagai bentuk cemuhan dan kritikan daripada rakyat. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga dan akhir sekali Perdana Menteri DS Najib Tun Razak jadi mangsa.
Di mata penyokong kerajaan, kami tidak nampak siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan cadangan ini dilaksanakan tapi bagi rakyat yang di atas pagar, hanya melihat setiap keputusan daripada Kementerian adalah daripada Perdana Menteri.

Oleh itu, kena ada respon balas daripada MoF dengan segera terhadap perkembangan cadangan tersebut dan pihak Kementerian perlu bersikap proaktif bagi memastikan info yang sebenar serta cara pelaksanaan yang baik dapat difahami oleh setiap golongan rakyat terhadap isu ini.

Jangan kerana nila setitik, akhirnya rosak susu sebelanga. Jangan kerana mulut Tan Sri Mohd Irwan Serigar, nanti yang binasa ramai kakitangan kerajaan selepas PRU 14.

* kalau ditanya pendapat saya, jangan dikenakan langsung cukai terhadap peniaga kecil²an yang cuba mencari pendapatan tambahan melalui online.

Berita penuh :

Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian tahun depan.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ini didorong kemajuan yang dicapai sektor berkaitan internet.

Tambahnya, kementerian telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan penilaian penuh perkara berkenaan.

“Penilaian dan kajian menyeluruh, bagi mengenakan cukai kepada mereka ini (peniaga atas talian) yang mendapat pendapatan yang boleh dicukai.

“Jika tidak, ia akan merupakan kerugian pendapatan terhadap kerajaan. Bergerak ke hadapan, banyak perniagaan berpindah ke ekonomi digital, sebab itu pungutan cukai kita perlu cekap dan melihat ke bahagian ini bersesuaian dengan transformasi ekonomi,” ujarnya.

Tambahnya, LHDN yang telah mewujudkan 'bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan' dan juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melakukan penilaian berkenaan.

Beliau memberi contoh, dalam kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menunjukkan pendapatan pemandu Uber dan Grab Car yang mencecah RM7,000 sebulan.

Menurut beliau, ini adalah dalam lingkungan pendapatan yang boleh dicukai.

Post a Comment

0 Comments