Full Width CSS

DCA Sahkan Last Contact 3 Minit Selepas Helikopter Berlepas #Pray4MissingHeli


Hubungan terakhir yang dibuat juruterbang helikopter membawa seorang timbalan menteri dan empat lagi penumpang semalam ialah pada 4.15 petang, tiga minit setelah berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata juruterbang itu memberitahu bahawa mereka dijangka akan berada di kawasan Simunjan dalam masa kira-kira 20 minit setelah berlepas pada pukul 4.12 petang.
"Pengawal trafik udara Simunjan cuba menghubungi pesawat itu pada 4.28 petang tetapi tiada respons. Beberapa lagi cubaan dilakukan untuk menghubungi helikopter itu pada 4.29 petang, 4.39 petang dan 4.56 petang.

"Tetapi masih tiada respons daripada helikopter berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Beberapa serpihan bahagian helikopter itu ditemui dekat sungai Batang Lupar di Sebuyau, pagi tadi.


Lagi gambar dan berita di sini.

Post a Comment

0 Comments