Full Width CSS

Pesawat EgyptAir Dilaporkan Hilang Dari Radar


Pesawat milik syarikat penerbangan Mesir, EgyptAir dilapor hilang daripada radar sebelum memasuki ruang angkasa negara itu ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah.

“Sumber rasmi di EGYPTAIR menyatakan Penerbangan MS804 yang berlepas dari Paris pada jam 23.09) menuju ke Kaherah hilang dari radar,” kenyataan syarikat penerbangan berkenaan di laman Twitternya.

CNN melaporkan, pesawat itu membawa 59 penumpang dan 10 kru.

Satu lagi tweet kemudian oleh EgyptAir menyatakan, pesawat terbabit terbang pada ketinggian 11,280 meter, hilang kira-kira 130 kilometer sebelum ia memasuki ruang udara Mesir.

Menurut flightradar24.com, kedudukan terakhir pesawat kedudukan terakhir kapal terbang Airbus A320 itu di radar ialah di ruang udara Laut Mediterranean. 

Post a Comment

0 Comments