Full Width CSS

Ananda Krishnan Kroni Mahathir Sebabkan Kerugian RM18.64b Kepada India


ANANDA KRISHNAN KRONI MAHATHIR SEBABKAN ‪‎KERUGIAN‬ RM18.64B ( USD 4.6B) KEPADA INDIA MAHU DITANGKAP BIRO SIASATAN INDIA (CBI), MANAKALA DOJ AMERIKA SYARIKAT MALUKAN DIRI SENDIRI
1. Biro Siasatan Persekutuan India (CBI) memohon waran tangkap terhadap jutawan Malaysia yang juga kroni Mahathir terkemuka Ananda Krishnan dan pegawai Astro, Ralph Marshall kerana didakwa terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram hampir setengah billion Ringgit melibatkan bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan adiknya, Kalanithi Maran.

2. CBI membuat permohonan itu di Mahkamah Khas CBI selain waran terhadap Maxis Communication Berhad dan Astro All Asia Network PLC. Kes pengubahan wang haram Aircel - Marxis ini dikenali di India sebagai penipuan spektrum 2G.
3. Pada Ogos 2014, CBI telah mendakwa adik beradik Maran, Ananda, Marshal dan empat syarikat dalam kes ini. Dayanidhi didakwa telah memperolehi ‘sogokan’ berjumlah Rs742.58 crore (RM451 juta) dan wang itu ‘disimpan’ dalam firma adiknya, Kalanithi. CBI mendakwa Dayanidhi telah ‘memberi tekanan’ serta ‘memaksa’ pemilik syarikat telekomunikasi berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual sahamnya dalam Aircel dan dua anak syarikat telekomunikasi kepada firma Malaysia, Kumpulan Maxis pada 2006 termasuk sogokan dalam bentuk pelaburan daripada kumpulan Maxis pada 2011.

4. CBI mendakwa kerajaan India kerugian USD4.6 bilion (RM18.64 bilion). Penguatkuasa India pada 25 Mei 2016 mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat Ananda.

5. Lihat cara CBI mengeluarkan saman mereka terus menamakan Ananda Krishnan walaupun dia seorang jutawan. Tidak seperti DOJ Amerika Syarikat 20 Julai lalu membacakan saman sivil terhadap individu yang dikaitkan dengan IMDB tanpa bukti kukuh apa yang dikatakan Quintin Rozario, seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane (kelahiran Malaysia) DOJ "mempunyai kecacatan dari segi undang-undang" Kenyataan terbuka 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi".

6. Akhirnya Peguam Negara Loretta Lynch dan DOJ pada 2 Ogos terpaksa menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik Riza Aziz. Red Granite dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Riza juga telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membuat filem.

7. Lihat cara DOJ berunding dan bertindak. Mereka tarik balik perintah sekatan ke atas akaun Red Granite tetapi tuntutan sivil masih diteruskan dan hasil masa akan datang kedua-dua filem tersebut akan disimpan dalam escrow sekiranya Jabatan Kehakiman menang. Akan tetapi ........ penarikan balik perintah sekatan ke atas syarikat tersebut bermakna jika Jabatan Kehakiman kalah, syarikat tersebut tidak boleh menyaman balik atau menuntut balik daripada Jabatan Kehakiman atas kehilangan pendapatan dan ganti rugi.

8. Ini menunjukkan DOJ sendiri tidak yakin dengan saman sivilnya dan khuatir berhadapan dengan tindakan saman berbilion ringgit akibat kerugian perniagaan Red Granite. Inilah akibat dari menuduh tanpa bukti yang kukuh. Mereka ragu sebagaimana Amerika syarikat berkata terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS.

9. "Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak" itulah Amerika. Betapa hebatnya FBI untuk mengesan akaun orang lain di seluruh dunia tapi sangat ‪#‎ironis‬ emel Hillary Clinton 113 emel sulitnya dengan beberapa dokumen rahsia kepada Lorreta Lynch mereka gagal mentafsir sebagai satu jenayah dan rasuah memandangkan Lorreta Lynch turut bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton (suami Hilllary) di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona cubaan menyelamatkan isterinya. FBI hanya berkata Clinton dan kakitangan beliau "amat cuai" dalam mengendalikan bahan diklasifikasikan sebagai disebar secara tidak sengaja. Mahu menutup kesilapan mereka, maka mereka tunjukkan perkara lain untuk "divert".

10. Sesuatu yang kita pelajari dari Biro Siasatan Persekutuan India (CBI) dan FBI milik Amerika yang bersekongkol dengan DOJ ialah "bukti kukuh" dalam membuat tuduhan dan ‪#‎menangkap‬. CBI berani menamakan Ananda Krishnan dan syarikatnya Maxis Communication Berhad dan Astro All Asia Network PLC. CBI memohon waran tangkap walaupun kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah dari mahkamah negara ini. Selain tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

11. DOJ pula kelihatan malu sendiri. Jika benar DOJ berani mereka akan terus membekukan sahaja akaun Red Granite itu tanpa perlu mendengar pun rayuan bank-bank dan para vendornya. Sebab apa? takut menanggung kerugian besar dari kesilapan membuat tuntutan sivil melulu.

12. Kisah Ananda Krishnan Kroni Mahathir juga menunjukkan itulah cara Mahathir dan Kroni kaya raya. 22 tahun jadi PM dia merompak harta berbilion tanpa disedari rakyatnya. Itupun dia masih berlagak suci seolah-olah dia maksum.

Lihat sini ... rompakan Mahathir klik sini.

Apa kita nak hairan kalau Ananda Krishnan lakukan perkara sama untuk negara India.

‪#‎Nota‬ : Pasti pasukan proTun dan geng macai pembangkang kembali meroyan. Malaysiakini yang memuji-muji DOJ Amerika pun terpaksa memetik pemberitaan Akhbar kewangan Amerika, Financial Times untuk menyerang Obama Presiden Amerika Syarikat.

Captain M
3 Ogos 2016

Post a Comment

3 Comments

  1. Yang salah tetap salah walau kroni siapa pun. Kalau betul ada waran sila tangkap! . Nak pusing2 kroni Mahathir nak buat apa?

    ReplyDelete
  2. rugi adat bisnes itu pun di India. tapi 1mdb duit hilang...

    ReplyDelete
  3. kalau kena pd Najib boleh pulak pusing2 ckp?
    apahal nk panas sgt bro..4.35..ckp kroni madey..mmg betol pun.. binariang maxis sapa xknl?

    dh dpt dedak ke blom??

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..