Full Width CSS

Kapitalis Rasuah Musuh Utama Negara


Sifat kapitalis dan rasuah adalah punca sebenar kepada segala permasalahan negara ketika ini..

Apabila Kekayaan menjadi ukuran kejayaan.. Memiliki hartanah yg banyak, kereta mewah, jam yg mahal, pakaian berjenama menjadi kebanggaan dan ukuran kejayaan.. Akibatnya ramai yg berlumba2 mengejar status kekayaan utk dilihat berjaya dikaca mata manusia..

Skim cepat kaya, penipuan, peras ugut, menggadai kepentingan bangsa dan negara dgn mengambil rasuah, menaikkan harga sesuka hati utk mengaut keuntungan segera, menekan org lain utk kepentingan diri adalah sebahagian permasalahan berpunca dari keinginan yg membuak2 utk kaya..

Mengejar kekayaan juga telah menyebabkan ramai yg kecundang, jatuh muflis dan membawa kepada pelbagai jenayah dan masalah sosial kerana tekanan hutang, bebanan hidup dll..

Dasar negara dan perjuangan bangsa telah gagal akibat pihak2 yg sepatutnya menjaga dan melaksana telah menjual maruah diri dan negara semata2 utk kepentingan peribadi kekayaan..

Sedarlah... Kejayaan sebenar dan hakiki adalah hidup tanpa rasuah, tanpa pendapatan yg haram, berjaya atas usaha sendiri, pengurusan kewangan yg baik, perbelanjaan mengikut keupayaan dan yg paling penting hidup mengikut lunas2 agama kerana Dunia hanyalah persinggahan..

Tidak kisah kehidupan kita kaya atau sederhana asalkan ianya dari rezeki yg halal, tidak dihimpit hutang, hidup tidak resah gelisah & keberkatan dapat dirasai..

Selamat bertugas dan berbakti


Sumber : Adnan Seman

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..