Full Width CSS

Perkhidmatan LRT #RapidKL Dipanjangkan Sempena #DoaUntukMalaysia


PERKHIDMATAN LRT DIPANJANGKAN

Perkhidmatan Rapid KL LRT akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada hari Sabtu ini (13 Ogos) bersempena dengan program Doa Untuk Malaysia, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari berkenaan.

Melalui lanjutan perkhidmatan ini, para pengguna untuk kedua-dua Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling – Ampang boleh memasuki stesen Masjid Jamek sehingga 12 tengah malam untuk meneruskan perjalanan mereka ke stesen-stesen lain.“Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa; tetapi akan membenarkan para penumpang untuk keluar dari stesen dan meneruskan perjalanan masing-masing,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nizam, pihak Rapid KL akan memantau keadaan di stesen Masjid Jamek melalui Pusat Kawalan Operasi di Subang dan Ampang bagi memastikan para pelanggan menikmati perjalanan yang selesa dan selamat.

“Seperti yang biasa kami lakukan, perkhidmatan boleh dipanjangkan lagi berdasarkan kepada keadaan di Stesen Masjid Jamek,” tambah beliau.


Untuk makluman lanjut, sila hubungi pihak Prasarana Malaysia Berhad, En. Azhar Ghazali di 019-3837865 atau En. Mohd Sofian Hilmi di 019-4601110.

Post a Comment

0 Comments