Full Width CSS

Visa Haji Menerusi @Tabung_Haji Kecuali Neelofa Boleh Dapat Terus Dari Arab Saudi


Seperti yang digembar gemburkan dakwaan sesetengah pihak kononnya artis wanita Neelofa telah mendapat kebenaran secara lisan untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini walhal beliau dikatakan baru sebulan mendaftar dengan Tabung Haji (TH).

Ada dakwaan mengatakan beliau telah mendaftar pakej Haji yang paling mahal dan hal itu membolehkan beliau menunaikan Haji dengan pantas tanpa menunggu giliran. Namun apa yang perlu diketahui oleh semua pihak adalah pengurusan visa menunaikan ibadah Haji hanya boleh dimohon melalui TH kepada kerajaan Arab Saudi.


Namun sekiranya Neelofa boleh mendapatkan visa secara terus daripada kerajaan Arab Saudi, mungkin ia tidak menjadi masalah kepada pihak TH membenarkan beliau menunaikan Haji tahun ini juga dengan pakej yang agak mahal.

Pelbagai dakwaan dan jawapan yang diberikan. Adalah lebih baik, semua pihak merujuk terlebih dahulu kenyataan TH berhubung perkara ini kerana pihak mereka yang lebih mengetahui status Neelofa.



KENYATAAN TH
Rabu, 10 Ogos 2016:

TIADA KELULUSAN KEPADA ARTIS TUNAI HAJI SEPERTI DIVIRALKAN

Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada isu berkenaan seorang artis yang dapat menunaikan haji selepas sebulan mendaftar haji yang diviralkan di media-media sosial.

TH sedia maklum akan rayuan artis berkenaan dan telah mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sediaada dan tiada kelulusan yang diberi untuk rayuan tersebut. Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH.

TH sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

TH mohon agar isu ini tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pendeposit TH.

Kenyataan Oleh:
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat
Lembaga Tabung Haji

So tidak perlu timbul lagi dakwaan yang boleh membuatkan banyak pihak merasa tidak puas hati dengan TH berhubung penyalahgunaan kuasa mahupun apa² saja yang bertentangan dengan syarat² asas yang membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadah Haji melalui TH.

Post a Comment

0 Comments