Full Width CSS

TERKINI 17 Cedera Helikopter Nuri Terhempas Di Sekolah, Tawau


Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan.

Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.









Post a Comment

1 Comments

  1. ATM mesti MENYIASAT habis2an KEMALANGAN MALANG ini terhadap BERBELAS anggotanya serta org. AWAM - dan dua anggota TENTERA kita masih HILANG di laut! NAMUN, SYUKUR semua yg. dlm. KEMALANGAN Helikopter di Tawau tu SELAMAT; TERIMAKASIH ya ALLAH! Tapi semoga dua lagi aggota TENTERA kita tu yg. HILANG kat LAUT tu akan SELAMAT, Insya ALLAH!

    ATM mesti PERTINGKATkan KESELAMATAN termasuk mempastikan dgn. amat CEKAP/TEGAS agar TIADA si PENGKHIANAT2 KITOL dlm. ATM, dan juga agar mana2 anggotanya atau keluarga tidak SENGAJA mengHEBOHkan sebarang AKTIVITI Ketenteraan yg. PENTING kpd. luar melalui FcbkZIONIS atau WApp!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..