Full Width CSS

Apa Lagi Sembang Isu Shafie Apdal & Felcra Nih !


Shafie Apdal dengan bangga dia lebih 30 tahun bermula sebagai Setiausaha Politik hingga dia jadi Menteri. Dia mungkin lupa semasa dia naik, kumpulan merekalah yang menyingkir semua ketua jabatan dan GLC berketurunan Kadazan Dusun Murut!

Orang Kadazan Dusun Murut sudah lupa kot! Sebab tu Darrel Leiking dan Datuk Peter Anthony jadi hamba kepada Shafie Apdal yang dulu ketika mereka berkuasa membuang ketua-ketua jabatan itu sebangsa dengannya. Pastinya perkara ini akan muncul semula dalam PRU14.

Tempiasnya pasti berat Darrel dan Peter Anthony.

Kini Shafie kata 30 tahun dia kenyang dan sakau semua projek kerajaan tiba-tiba dia kata tiada pembangunan? apa dia buat ketika jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah? Buat Projek Jalan luar Bandar ( JALB), Bekalan Air Luar Bandar ( BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar ( BELB), Projek Jalan Kampung ( PJK), Projek perumahan rakyat termiskin ( PPRT), Program Baiki Rumah ( PBR), Pembangunan tanah risda dan Felcra. tak mungkin FELCRA dan risda tiada fungsi. BERBILLION duit dibelanjakan di Sabah.

Malah boleh lagi disonglap oleh Pegawai ratusan juta oleh Jabatan Air Negeri Sabah bagi projek BELB.

Apa kata Dr Najmil Faiz bekas Setiausaha Sulit Shafie Apdal? yang kini Ketua Pegawai Seranta Felcra Sabah. Dia kena tunjuk dan buktikan dia lawan Shafie Apdal.

Mana dia? Tak kan dapat jawatan Ketua dan 3 lagi Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Felcra.

Ayuh kita nantikan penampilan Dr Najmil Ketua Pengawai Seranta Felcra ini!

Post a Comment

0 Comments