Full Width CSS

Caj Wad Kelas Kedua Hospital Naik 25% Jer Bukan 50% Tahun Hadapan


Kementerian Kesihatan menjelaskan kadar caj bagi wad kelas kedua di hospital kerajaan hanya akan naik 25 peratus sahaja pada tahun depan bukan 50 peratus.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kali terakhir kadar itu dinaikkan adalah 34 tahun lalu.
"Tiada isu langsung di sini dan ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada pesakit berpendapatan rendah atau sederhana kerana kadar caj kelas ketiga masih kekal dan kelas kedua hanya naik beberapa ringgit sahaja," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak tanah runtuh di Teluk Bahang.

Kenaikan ini akan dilaksanakan di semua hospital kerajaan seluruh negara bermula 1 Januari depan.

Post a Comment

0 Comments