Tatkala geng mangkuk kuning sibuk nak menganjurkan perhimpunan haram
Bengkel Anak Muda Bandar 2016 menghimpunkan hampir 300 orang anak muda dari seluruh Wilayah Persekutuan dari pelbagai latar belakang keluarga dan pekerjaan ini bertujuan mencari isu² serta solusi terbaik buat anak bandar.
Pentingnya suara anak muda bandar hari ini adalah bagi memastikan aspek² penting yang perlu difokuskan kepada golongan ini tidak ketinggalan dan tercicir. Untuk info, segala hasil perbincangan akan diperhalusi dan bakal dibentangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan.
Peserta dipecahkan kepada 5 kluster fokus iaitu Pendidikan, Sosial, Kebajikan, Ekonomi dan Politik. Setiap kluster akan diketuai oleh Profesor dan Doktor yang mempunyai pemahaman luas mengenai isu yang hendak disampaikan.
Seterusnya bakal dikongsikan kepada pihak berwajib bagi memastikan segala perancangan masa hadapan akan melibatkan segala idea dan pandangan anak-anak muda dalam bandar.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Apa yang penting, anak muda dalam bandar hari ini terutamanya daripada komponen BN tidak berminat dengan demontrasi tak menguntungkan langsung kepada mana² pihak.
Lagi gambar di facebook - Pemuda Wilayah
'Konvensyen Anak Muda Bandar WP'
bersama Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan
19 Nov 2016 | Sabtu | 8.00 Pagi
RTM
1 Comments
Tak payahlah habis duit puluhan ribu, berseminar,
ReplyDeletenak tahu ke mana hala tuju kamu anak-anak muda.
Dah tahu dah awal-awal .....MENUJU KE LONGKANG.
Takda masa depan lagi, selagi Najib jadi PM.
Duit kita habis diropaknya dan negara digadai kepada
CINA PRC.
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..