Full Width CSS

Parti² Pembangkang Mempunyai Agenda Tikam Menikam Tersendiri


Kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berjaya kerana masing-masing mempunyai agenda dan prinsip perjuangan yang berbeza.

Menurut anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, parti baru itu akan menghadapi masalah dalam soal pengagihan kerusi bagi pilihan raya umum kerana parti pembangkang yang lain pasti sukar untuk melepaskan kerusi mereka.

"Bukan senang bagi mereka nak bersatu sebab setiap parti ada agenda tersendiri. Mungkin mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO dan Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi Parlimen Kuala Selangor di sini pada Ahad.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata parti itu berhasrat menyertai Pakatan Harapan yang ketika ini merangkumi DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Post a Comment

0 Comments