DS Najib Tun Razak berjaya mencipta rekod pelaburan tertinggi hampir RM 150 bilion antara Malaysia dan China. Sebanyak 14 MoU dimeterai semasa beliau dan rombongan di sana.
Satu pencapaian yang paling awesome yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu, termasuk juga PM Kuda.
Keberanian Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulakan hubungan diplomatik dengan China bagi menyemai bibit persefahaman dan kepercayaan pada 1974, adalah asas ampuh yang membawa kepada keakraban dinikmati antara Malaysia dengan republik itu, hari ini.
Mengimbau permulaan lebih empat dekad lalu yang hebat dikecam dan dikritik, Datuk Seri Najib Razak berkata, bapanya yakin dengan pegangan bahawa keamanan dan kerjasama dalam kalangan negara jiran adalah laluan terbaik.
Selepas sekian lama, Najib berkata keputusan Tun Razak mempercayai China ternyata membuahkan hasil dan apa yang dikecapi kini adalah hasil wawasan jangka panjang bapanya.
Perdana Menteri mengakui turut menanyakan hal hubungan diplomatik itu kepada bapanya pada waktu itu, lalu dijawab: "(Perdana Menteri China) Zhou Enlai boleh dipercayai."
Selepas sekian lama, Najib berkata keputusan Tun Razak mempercayai China ternyata membuahkan hasil dan apa yang dikecapi kini adalah hasil wawasan jangka panjang bapanya.
"Hubungan ekonomi dan dagang Malaysia-China terus kukuh, berkat keakraban hubungan politik dan perniagaan peringkat atasan," tulisnya dalam artikel yang disiarkan portal chinadaily.com.cn, hari ini.
China adalah rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan nilai dagangan kedua-dua negara mencecah AS$100 bilion tahun lalu. Malaysia adalah rakan dagang kelapan terbesar China di peringkat global dan terbesar dalam kalangan negara ASEAN, selain menjadi sumber import terbesar dan destinasi eksport kedua terbesar republik itu.
Najib turut berkongsi pengalaman melawat China dalam pelbagai kapasiti merangkumi Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, Timbalan Perdana Menteri dan kini Perdana Menteri.
"Dalam setiap lawatan, saya kagum melihat betapa rapatnya hubungan kita, bagaimana ia terus kukuh bersama masa dan membuka begitu banyak peluang.
"Saya menyaksikan China mengisi kedudukan sebagai kuasa dunia di pentas antarabangsa, manakala Malaysia beralih daripada negara berasaskan pertanian kepada ekonomi berpendapatan sederhana tinggi, dalam laluan menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Kedua-dua negara akan membuka lembaran hubungan yang lebih teguh.
"Dalam lawatan ini yang turut membabitkan perbincangan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang, kita akan menandatangani pelbagai perjanjian baharu serta memorandum persefahaman baharu yang bakal melonjakkan hubungan dua hala," katanya.
Najib berkata, hubungan China-Malaysia dibentuk atas asas saling mempercayai dan menghormati. Pada masa sama, katanya, kedua-dua pihak mengakui ada perkara yang sukar untuk dipersetujui bersama.
"Dalam isu Laut China Selatan, kami percaya pertikaian berhubung tuntutan wilayah dan pertindihan kawasan maritim, perlu ditangani dengan tenang serta rasional menerusi dialog, berlandaskan undang-undang dan rundingan damai.
"Secara amnya, kami percaya negara besar perlu bersikap adil terhadap negara lebih kecil dan ini termasuk negara bekas kuasa penjajah.
"Mereka tidak berhak menentukan bagaimana kita perlu menyelesaikan hal dalaman masing-masing.
"Malaysia dan China sepakat dalam mempersetujui keperluan mempertahankan kedaulatan negara manakala sejarah individu, nilai dan sistem tadbir urus sesebuah negara mesti dihormati," katanya.
Perdana Menteri berkata, pendirian itu penting dalam keadaan imbangan dunia mula beralih ke Timur. Atas dasar itu, katanya, Malaysia menyambut baik inisiatif China mewujudkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia.
"Kita memerlukan institusi baharu untuk era baharu. Kita perlukan dialog damai, bukannya campur tangan asing di negara berdaulat; kita mahukan kerjasama yang menguntungkan semua, bukannya hanya beberapa pihak," katanya.
Di akhir tulisannya, Najib merujuk era ini sebagai Abad Asia dan beberapa negara menampilkan potensi rantau ini lebih baik daripada China dan Malaysia.
"Melangkah bersama, kita mesti bergerak berpaksikan usaha Tun Razak pada 1974, yang bermula berabad lamanya sebelum itu pada zaman Dinasti Ming ketika rombongan dagang pertama China tiba ke Melaka.
"Peluang itu ada di depan mata, terpulang kepada kita untuk merebutnya. Atas dasar itu, saya yakin kita boleh mengubah kehidupan rakyat dan mencorakkan masa depan rantau ini serta dunia ke arah suasana lebih baik," katanya.
Good job PM !
Good job PM !
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..