Full Width CSS

Tangga Sempit Sampai Mak Jatuh Tangga 5 Kali



Kecoh² sembang berkenaan kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat ditambah lagi dengan dakwaan kononnya keadaan ekonomi negara kita semakin teruk berbanding negara² lain.

Terbaru mengenai kos harga minyak yang 'melambung' naik. Padahal naik 15 sen je.

Ada satu posting menarik di Facebook hasil perkongsian Azrin Dhazzy berkenaan kos sara hidup di negara yang dibangga²kan sebilangan daripada kita di Malaysia ini. Tak kurang juga ada kalangan kita gemar bersungut di sini dengan pelbagai kos yang terpaksa didepani tetapi menghabiskan cuti hujung tahun dan membeli belah di sini.

Baca posting tersebut.


"Kat Malaysia tengah fofular isu harga naik. Nak share gak lah apa yg naik kat sini setakat new term ni, stakat pengetahuanku:
1. Tuition fees. Naik around £1000 (RM5,131.61) term ni. 
2. Parking utk research students kat uni naik about £1. (RM5.13)
3. Currently harga minyak lbih kurang £1.17 (RM8.78) per litre instead of only around 99p masa mula mai dulu. Ni harga paling murah yg selalunya di offer oleh Tesco, Sainsbury's Asda etc. Kalau Shell, BP smua terus kami cuba elak sbb mlampau jauh harga. Yes different companies offer different rates. And harga minyak berubah every single day. Basically nak isi minyak penuh keta aku would cost around £55 (RM282.24) now. You do the maths. Kalau biasa2 isi myk 2x sebulan. Kalau travel jauh2 lain cerita.
4. Ramai gak fellow Malaysians yg sewa umah naik sempena term baru, renew contract n pndah umah baru. I'm lucky in this sense. Masih kekal. Umah teres kami 2 tingkat halusss dgn 1 toilet £625 (RM3,206.26) per month (umah kosong kojol). Tangga sempit smpai mak dah jatuh tangga 5 kali. Ni harga average. Tak terlalu murah and ada yg lagiiii mahal. Oh n Coventry antara city yg offer rate sewa rumah plg murah di UK based on sharing dgn kwn2 county lain. Kalau London? Sila kali tiga.
5. Harga susu kat our favourite supermarket yg offer susu murah setahun yg lps pn dh naik mcm double.
6. Tambang public transportation katanya pun tiap2 tahun naik.
Oh current currency exchange: 5.11
Hrmmm....
Sila la tambah yang mana berkenaan. Ni je ingat. Hahahaha."

Ini kos yang sebenarnya jauh lebih mahal berbanding Malaysia namun ada juga kalangan kita yang tetap cuba membuktikan bahawa kos di negara barat ini lebih menguntungkan bahkan mereka sanggup menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang kejam terhadap rakyat.

Bayangkan harga minyak di Malaysia RON 95 (Nov 2016) sejumlah RM 2.30 per liter tetapi di sana jumlahnya jauh lebih besar berbanding kita. Agaknya bagaimana kalau harga minyak Malaysia naik sekitar RM 5 per liter?

Beliau turut menjawab persoalan yang ditanya mengenai perbezaan kadar matawang di sana dan di Malaysia yang berlainan. Baca ni.


Azrin Dhazzy : Wow. Last time i chcked Ringgit is doing ok now. British Pound yang merudum teruk sbb Brexit, from zaman kegemilangan currency exchange pernah 7 ish skrg dh jadi 5 ish je. Just want to highlight this is a world issue. Not just Malaysian.

Bukannya Malaysia xde masalah. Semua negara ada masalah economy yg lebih kurg sama. Takpe. You are entitled to your opinion. Saya cerita sekadar sebab saya belajar kat sini je. Perlu highlight psl ni sbb duit govt Malaysia jugak yg akan mengalir utk support sara hidup students tajaan di sini.

Ini hanyalah realiti kat sini.

Secara keseluruhannya memang terdapat pro and cons di antara kedua² negara. Saya pasti Azrin Dhazzy ingin berkongsi mengenai hal ini kerana mahu memberitahu kita semua bahawa realitinya biarpun hujan emas di negeri orang tapi lebih baik lagi merasai hujan batu di negeri sendiri. Baik serta buruk negara sendiri dan yang paling penting, Malaysia tetap memberi yang terbaik kepada warganya.

Hasil bumi bertuah Malaysia ini turut dirasai oleh warga asing dari pelbagai negara serantau.

Post a Comment

2 Comments

  1. Oh current currency exchange: 5.11 (RM26.22)...

    yang didarab lagi dengan 5.11 tu buat ape? Azrin nak crite GBP 1 = RM 5.11.. tu je

    ReplyDelete
  2. Anak saya baru balik dari belajar di Cardif Uni. Tahun lepas. Elaun bulanan MARA ,£890.00. Kebanyakan pelajar boleh menyimpan sehingga£400.00 setiap bulan bergantung kepada bagaimana anda menguruskan perbelanjaan. Majoriti mereka boleh membeli kereta secondhand yang masih bernilai lebih drp RM100K diMalaysia. Mereka juga masih boleh melancong beramai ramai keseluruh Eropah. Dan juga masih mampu memberi barangan keperluan lain disana. Untuk perhatian disana VAT (serupa GST disini )adalah 15%. Jika dibandingkan dengan pendapatan RM 1000.00 diMalaysia bolehkah kita memyimpan RM400.00 setiap bulan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..