Full Width CSS

Bagaimana Nak Cuba Try Test Naik MRT ? #RapidKL #JomNaikMRT


Nak cuba try test MRT hujung minggu ni secara percuma tapi tak tahu macam mana?

Meh baca kejap tak sampai 3 minit nak mudah faham.
CADANGAN 1
i. Naik pengangkutan awam sehingga KL Sentral.
ii. Tunggu bas pengantara di tempat drop & pick up passenger berhampiran hotel Hilton / Le Meridien.
iii. Naik bas pengantara yang free tu. Nanti dorang akan bawa ke stesen MRT Pusat Bandar Damansara.
iv. Ingat nombor bas tu, bukan nombor plat. Nanti nak balik boleh naik bas yang sama ke KL Sentral dari stesen tersebut.
v. Nanti just walk in jer gate stesen tu. Takyah bayar. Kalau nak bayar gak, bank in kat aku.

CADANGAN 2
i. Naik KTM Komuter sehingga stesen Sg. Buloh.
ii. Keluar gate stesen terus nampak gate MRT Sg. Buloh. Senang jer, confirm 100% takkan sesat.

Parking space very limited dan tak semua stesen ada. Better take public transport. Apa salahnya kan sesekali tinggalkan kereta.

PERINGATAN

Sila berhati-hati kerana dikhuatiri kemungkinan akan ramai orang yang turut tak nak lepaskan peluang bersama ahli keluarga. Escalator tu tinggi bai, pegang anak tu kuat-kuat terutama yang baru pandai berdiri. Kalau gayat ketinggian, jangan toleh belakang.

Don't worry, tren memang banyak, tak perlu berebut-rebut ya. Ikut jer arahan staf stesen yang muda-muda belaka tu.

Kalau tak sempat, ada tempoh sebulan lagi untuk guna peluang ni sehingga 17 Jan 2017.

Selamat mencuba & menikmati pemandangan baru.

* Untung lah siapa kerja kat Media Prima. Opis sebelah stesen jer.


#JomNaikMRT
#BetterNation
#ThanksPM

Post a Comment

0 Comments