Full Width CSS

Kem Tentera Ditutup Dan Diganti Atas Sebab Keselamatan Bukannya Suka²


Berapa ramai antara kita sedar akan kewujudan Kem Jalan Ampang, Rejimen 515 (AW) beberapa tahun lepas yang terletak bersebelahan dengan Great Eastern Mall berhadapan Gleneagles Hospital dan kini telah ditutup dipindahkan.

Kem tentera tersebut ditutup atas faktor keselamatan. Kerana masyarakat umum boleh melihat dengan jelas aktiviti di dalam kem tersebut melalui premis bertingkat yang terletak di sekeliling perimeter.

Sesebuah kem tentera ataupun pengkalan udara merupakan satu kawasan yang sulit dan penuh kerahsiaan. So amat tidak wajarlah kan jika hendak dikekalkan seperti Pengkalan Udara Sg. Besi tu.

Kedua² kem ini terletak di laluan utama orang ramai bergerak keluar dan masuk Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah kita ketahui siapa di kalangan pengguna jalan raya yang mempunyai interest atau memang kerjanya meneliti ataupun mengintip secara serius setiap pergerakan pesawat dan aktiviti tentera?

Jika masa peperangan kelak (minta dijauhkan) macam mana nak sorok rahsia pergerakan tentera dan pesawat jika ianya mudah dilihat oleh umum?

Don't worry lah kita masih ada anggota tentera yang sentiasa bersiap siaga di sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Kem Perdana Sg. Besi, MINDEF, Kem Wardieburn dan Kem Batu Kentomen.

Bab nak cari salah dan jadikan isu politik, memang seronok tapi tak ramai yang sedar akan realiti sebenarnya ini, iaitu soal KESELAMATAN. Jadilah sebagai rakyat yang mempertahankan keselamatan bukan membuka ruang kepada musuh.

Post a Comment

0 Comments