Genap sebulan MRT (Sg. Buloh - Semantan) dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan genap jugalah tempoh untuk orang ramai menggunakan perkhidmatan MRT secara percuma.
Mulai hari ini pengguna akan mula dikenakan caj tambang bagi perkhidmatan MRT dan bas pengantara.
Caj tambang MRT yang dikenakan bermula dari RM1.20 sehingga RM3.90 dan untuk perkhidmatan bas pengantara MRT pula hanya dikenakan caj RM1.00 sahaja untuk laluan sehala dari mana-mana lokasi laluan bas.
Tambang bas pengantara boleh dibayar secara tunai ataupun menggunakan kad touch n go. Begitu juga transaksi tambang MRT.
Untuk pembayaran tunai, korang boleh menggunakan mesin layan yang disediakan dan kemudian korang akan terima token coin untuk melepasi gate masuk.
Pembayaran menggunakan kad touch n go pula lebih mudah dan korang boleh mendapat penjimatan sehingga 50 sen. Jika baki tak mencukupi, korang boleh topap melalui mesin layan diri yang disediakan.
Korang layak mendapat diskaun 50% tambang jika korang dalam kategori warga emas, orang kelainan upaya (OKU) atau pelajar sekolah, kolej dan universiti. Korang hanya perlu pamerkan atau tunjukkan pengenalan diri kepada petugas di kaunter khidmat pelanggan. Untuk pelajar sekolah, korang hanya perlu berpakaian sekolah dan bukan berpakaian tak senonoh.
#JomNaikMRT
#BetterNation
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..