Full Width CSS

Pemindahan Pelajar SRA Masjid Negara Perlukan Penjelasan #WilayahPrihatin @razlanrafii


Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan meminta penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung masa depan Sekolah Rendah Agama (SRA) Umar Bin Abdul Aziz di Masjid Negara di sini yang dikatakan bakal ditutup.

Ketua Pemudanya, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, ramai pihak terutama ibu bapa kepada kira-kira 300 murid yang belajar di situ melahirkan kebimbangan mereka mengenai masa depan sekolah itu.


“Pihak Jawi memaklumkan yang sekolah ini akan terlibat dengan projek naik taraf dan membaik pulih Masjid Negara bermula pada Januari tahun ini.

“Tetapi kami dimaklumkan bahawa tiada lagi pengambilan untuk murid-murid tahun satu dibuat bagi sesi 2018 dan perkara ini mendatangkan ke­sangsian kepada kami mengenai masa depan sekolah tersebut,” katanya selepas melawat SRA Umar Bin Abdul Aziz di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Ahmad Baidzawi Salleh Hamdi.

Menurut Mohd. Raz­lan, SRA Umar Bin Abdul Aziz yang berusia 30 tahun itu perlu dipertahan dan diteruskan operasinya di Masjid Negara.

“Kalau sekolah tersebut terlibat de­ngan projek menaik taraf pihak Jawi perlu memaklumkan perancangan mereka seterus­nya di mana murid-murid perlu ditempatkan buat sementara waktu.

“Tetapi sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai perkara tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, ka­wasan Masjid Negara tidak seharus­nya hanya menjadi tumpuan pe­lancong semata-mata sebaliknya wajar menjadi pusat tumpuan dalam mempelajari ilmu agama dalam pelbagai cara.

Post a Comment

0 Comments