Full Width CSS

Pembangkang & Genterism Jalanan Berpisah Tiada - @razlanrafii


Selepas Rusuhan Jalanan dibawa oleh mereka, sekarang budaya merusuh dalam Dewan pula diajar kepada anak Bangsa Malaysia.

Budaya Merusuh yang di ajar sekian lama oleh pihak Pembangkang(PKR, DAP PAS ) sudah menular dan memakan diri mereka sendiri.
Dalam forum Nothing To Hide, Konongnya mahukan Kebebasan dan menjawab semua persoalan ditanya oleh hadirin, tapi yang sebenarnya sekadar forum politik biasa yang mahu menghentam Datuk Seri Najib.

Apabila ditanya soalan berkenaan Anwar, dijawabnya "Anwar pun tak tanya macam tu" dan apabila terus di asak, boleh pula menjawab "tujuan untuk menjatuhkan Najib"

Begitulah pusing-pusing berkisar soalan yang tiada jawapan.

Kebencian Pembangkang kepada Tun M sememangnya menebal, mana tidaknya, mereka membesar berjuang dengan membenci Tun M kerana memenjarakan Anwar Ibrahim.

Dan hari ini, Pemimpin Pembangkang seperti Azmin Ali, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, mereka yang mahu menanguk di air yang keruh dek mahukan kuasa, sanggup menelan apa sahaja yang telah mereka perjuangkan kerana rakuskan kuasa.

Pemimpin Pembangkang perlu tahu, akar umbi tidak mendapat harta benda seperti mana yang dinikmati oleh Mat Sabu, akar umbi tidak dapat Jawatan dan kemewahan yang di santap tiap hari seperti keluarga Azmin. Akar umbi tidak mendapat Banglo dan YAB seperti keluarga Lim. Dan akar umbi tidak mendapat gedung di darat seperti Keluarga Mahathir.

Mereka berjuag kerana percaya kepada kezaliman yang dicipta oleh DAP PKR.

Hari ini, mereka menuntut jawapan daripada Tun M kerana mereka rasa ditipu dek prinsip perjuangan yang sekian lama mereka perjuangankan.

Sudah pasti apa yang terjadi di Nothing To Hide adalah persoalan yang perlukan jawapan sebelum akar umbi memaafkan Tun M.

Kekecohan yang terjadi di Forum ini adalah ciptaan mereka sendiri, moderator gagal mengawal soalan-soalan dan jawapan semuanya berkisar kepada melepaskan diri.

Dari mula sehingga akhir, kedengaran jeritan menjerit, herdik mengherdik, maki memaki antara mereka sendiri.

Dewan Mereka, Moderator Mereka, Pengawal Keselamatan Mereka, yang hadir, penyokong mereka, dan yang nak penjelasan pun Mereka.

Jangan salahkan pihak lain kalau sendiri tidak pandai menjaga hal anda sendiri.

Walaupun saya di Provok untuk hadir di Forum ini, saya mengambil jalan bersabar dan berkecuali kerana tahu forum ini tidak akan dapat mematikan Dosa Tun M kepada Pengikut PKR, DAP dan Serpihan PAS(Amanah)

Nasib baik saya tidak hadir !!!

Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP.

Post a Comment

0 Comments