Full Width CSS

Malunya Selangor Mempunyai Sultan Melayu Islam Beriya² Anjurkan Pesta Arak Tapi Negara Lain Haramkan


Ingatkan Selangor sebuah negeri yang benar² Islamik dan terhindar daripada sebarang kemungkaran seperti pesta² yang boleh memudaratkan, rupanya hanya indah khabar dari rupa jer. Dok fikir gak, Selangor ni seringkali diwar²kan macam negeri yang takda 'berdosa' atau dalam bahasa pasar nya adalah negeri yang terhindar daripada sebarang penyelewengan atau perkara kemudaratan yang bercanggah dengan agama Islam.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mungkin tak kisah bahawa negeri dipimpinnya masih dinaungi Sultan Melayu, masih tetap dengan keputusan mahu meneruskan pesta arak setelah mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negeri tersebut.


Memang ya, semua orang tahu bahawa penduduk negeri Selangor tidak minum arak pada hari² biasa atau sebelum ini. Jadi mereka benar² mahu minum arak pada hari pesta Better Beer Festival 2017 diadakan. Sungguh menyedihkan, setelah 364 hari mereka berpuasa daripada meminum arak. Azmin memang seorang Menteri Besar yang sangat amat prihatin kepada rakyatnya.

Tidak seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, penduduknya boleh saja meminum arak setiap hari dan setiap masa tanpa perlu menunggu pesta arak diadakan. Sebab itu, mungkin salah satu sebabnya Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan menolak permohonan penganjuran pesta tak bermanfaat ini.

Ada orang Melayu yang kononnya berfikir di luar kotak atau berfikir secara open minded, kenapa kita perlu halang pesta ini diadakan. Bukankah kita menghalang hak kebebasan mereka? Puiii

Inilah masalahnya bila ada Melayu yang jadi jurucakap kepada DAP. Risau betul mereka ni tentang 'tahap' keselesaan kaum lain di sini. Ehhhh Melayu, jangan nak rasa macam tuan rumah sangatlah ya. Ada kalangan kaum Cina dan India di sini yang tak memerlukan pesta arak pun. Yang korang terhegeh² tu apasal? Hari lain dah tak boleh minum arak ker?

Pihak berkuasa di Glasgow, United Kingdom telah mengambil pengajaran mengenai hal yang terjadi apabila Octoberfest (pesta arak) dianjurkan di sana. Ketidakselesaan penduduk tempatan, aksi tidak senonoh, ancaman keselamatan, pergaduhan, perkara luar kawalan dan lain² perkara negatif telah berlaku dek pesta tersebut. Maka mereka haramkan saja pesta tersebut kerana menyusahkan banyak pihak.

Kementerian Wilayah Persekutuan juga turut melahirkan kebimbangan yang sama. PDRM telah mengeluarkan peringatan akan ancaman daripada pihak tak bertanggungjawab yang boleh berlaku sekiranya pesta ini diteruskan.


Minum kat rumah je lah. Takyah nyusahkan orang lain.

Post a Comment

0 Comments