Full Width CSS

Part I : Dah 18 Bulan Bayar RM305 Juta Untuk Kertas Kerja Terowong Tapi Mana Laporan?


Sudah 18 bulan berlalu namun kerajaan DAP Pulau Pinang masih belum menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan jambatan ketiga atau projek terowong dasar laut di negeri itu kepada Kementerian Kerja Raya, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Janji untuk menyerahkan laporan kajian itu dibuat oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada April tahun lepas, tetapi malangnya sehingga kini janji itu tidak dilaksanakan pun.

Apabila ia dibangkitkan, Guan Eng pada Mac lalu menyatakan kajian itu baru 87 peratus siap dan berjanji untuk menghantarnya enam bulan kemudian.

Tempoh enam bulan telah berlalu tetapi malangnya laporan kajian melibatkan projek tiga jalan dan terowong yang melibatkan kos sebanyak RM305 juta, masih belum diterima.

Betulkah sudah siap 87%?

Lambatnya hendak siapkan baki lagi 13% laporan. Dalam masa 6 bulan, baki 13% laporan sukar hendak disiapkan?

Sepatutnya laporan menjadi lebih senang sebab duit sudah dibayar sejumlah RM220 juta kepada konsultan untuk buat kajian.

Amat penting bagi Kementerian Kerja Raya mengetahui mengenai projek berkenaan kerana berdasarkan pengalaman kementerian itu, jumlah terbabit terlalu besar.

Lembaga Jurutera Malaysia sebelum ini menyifatkan kos itu 400 peratus lebih tinggi daripada kos kajian biasa.

Perkara yang membimbangkan ialah RM220 juta telah dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang. Bayar sampai berjuta juta tetapi projek masih belum bermula pun.

Jangan katakan konkrit binaan, laporan kertas pun masih belum siap. Apa sudah jadi duit berjuta yang dibayar pada konsultan? Lesap?

YB Rafizi Ramli mana, cuba buat pendedahan ni. Rakyat nak tahu !!

Bersambung..

Part II : Dah 18 Bulan Bayar RM305 Juta Untuk Kertas Kerja Terowong Tapi Mana Laporan?

Post a Comment

1 Comments

  1. Dia tuduh UMNO BN rasuah tapi rupanya depa buat kerja kt belakang

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..