Full Width CSS

#RapidKL Buat Perubahan Untuk Tiga Laluan Bas Di Cheras


Sentiasa prihatin terhadap keperluan para pelanggannya, Rapid Bus – operator perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL – membuat perubahan kecil atau ‘tweaking’ untuk tiga laluan di kawasan Cheras bagi memanfaatkan para pengguna di Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara.

Pelarasan untuk laluan-laluan bas 400, 401 dan 450, yang turut menjadikan Stesen MRT Taman Mutiara sebagai salah satu daripada perhentiannya, bermula pada 22 September lepas dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan para penumpang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Mohd Azam Omar dalam satu kenyataan hari ini.
“Secara peribadi, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, saya bersedia untuk melakukan apa jua ‘tweaking’ dan meluaskan kawasan perkhidmatan untuk memuaskan kehendak para pelanggan. Namun, kami mempunyai kengkangan sendiri termasuk laluan-laluan yang tidak sesuai untuk perjalanan bas yang lancar, bilangan bas dan Kapten bas yang kami ada, dan kepentingan para operator lain.

“Kerana itu, semua permintaan perlu dibuat dengan teliti dengan menimbang semua faktor ini termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa yang terlibat khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan apa juga perubahan, kawasan perkhidmatan dan tambahan laluan bas.

“Rapid Bus sentiasa bersikap terbuka untuk sebarang cadangan seperti saranan daripada para penduduk Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara ini. Tetapi, dalam kami membuat kajian terhadap saranan-saranan ini, saya berharap anda juga melihat perkara ini daripada perspektif kami,” tambah Mohd Azam.

Dalam satu laporan media, para penduduk di kawasan perumahan Taman Desa Aman, Taman Gemilang dan Taman Mutiara Timur mengadu sukar mendapat bas khususnya ke Stesen LRT Taman Mutiara kerana ia menggunakan perkhidmatan bas perantara.

Post a Comment

0 Comments