Full Width CSS

1 Parlimen 1 Restoran Percuma, Amacam? #BarisanNasional


Secara peribadi, pemerhatian aku mendapati usaha Dato' Jamal buka restoran makan tengahari secara percuma ini amat baik dan rata-rata respon adalah positif. Yela kan sebab dapat makan percuma, tu pasal positif hehe.

Minggu ini banyak pihak dilihat melalui Facebook menyampaikan sumbangan bahan-bahan masakan ke restoran beliau sebagai salah satu tanda sokongan dan amal jariah.
Andai kata sekiranya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seluruh negara atau kita kira separuh daripada seluruh parlimen yang kita menang, melakukan perkara yang sama dengan membuka restoran percuma ini sekurang-kurangnya sebuah di kawasan masing-masing, sedikit sebanyak membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

Tujuan bukannya untuk menjadikan rakyat lebih malas tetapi sekurang-kurangnya BN ada dikala rakyat memerlukan.

Contoh di Putrajaya, Ahli Parlimennya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dato' Seri Tengku Adnan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan tanpa gagal menganjurkan majlis berbuka puasa bersama warga Putrajaya dan yang turut berkesempatan.

Pemberi sumbangan atau penaja pastinya akan muncul sebab mereka juga mahu berbuat kebaikan dan mengejar saham akhirat atau mungkin ingin berkongsi kesenangan bersama rakyat.

Cuba try test tengok nanti.

RH
15 11 17

Post a Comment

0 Comments