Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kesal dengan tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar tahun 2016 menerusi media sosial yang menyatakan bahawa harga LPG akan dinaikkan.
KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga, memandangkan ia adalah salah satu dari lima (5) barang kawalan KPDNKK.
Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.
Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu berita atau rujukan boleh dilakukan di portal SEBENARNYA.MY
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..