Full Width CSS

#Baitulmaqdis : Negara OIC Mahu #Malaysia Ketuai Bersuara Tapi Erdogan Pula Korang Bagi Perhatian ! #Negaraku


Malaysia dan Turki antara negara yang vokal membuat bantahan terhadap isu Baitulmaqdis yang cuba dijadikan ibu negara Israel seperti direstui Amerika Syarikat, minggu lepas. Hari ini, 13 Disember merupakan tarikh keramat di mana, Malaysia akan mengetuai suara bantahan mewakili negara² OIC. 

Namun, agak sedih mengapa usaha Malaysia mengepalai suara OIC dipandang sepi dan lebih sardis lagi apabila orang kita sendiri lebih melihat Perdana Menteri Turki lebih hebat bersuara berbanding Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak.
Image result for trump baitul maqdis

Ramai yang tak perasan atau tidak mahu ambil tahu mengenai ucapan PM Najib Razak jauh lebih baik dan bersifat menyeluruh berbanding Erdogan. Malaysia sendiri sehingga kini tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Kita ambil 2 contoh di Malaysia mengenai Israel yang tidak kelihatan ;
1. Tiada kedutaan Israel di Malaysia dan tiada kedutaan kita di Israel
2. Pasport Malaysia masih tertera larangan memasuki negara Israel, 'Kecuali Israel'.

Untuk info, di Turki terdapat kedutaan Israel yang sehingga kini masih belum ditutup, malah lebih memeranjatkan di Israel pun ada kedutaan Turki. Hah, ini bermaksud mereka mempunyai hubungan diplomatik antara kedua² kerajaan. Itu tidak termasuk usahasama ekonomi Turki-Israel yang bernilai ratusan juta USD.

Kena banyakkan membaca juga apa hasil sumbangan Malaysia kepada bumi Palestin. Rakyat negara tersebut masih ingat dan sanjung tinggi jasa kita tapi kemungkinan kita sendiri pun terlupa apa yang pernah disumbangkan kepada mereka.

Malaysia juga antara penyumbang penting pembangunan Palestin dari aspek pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Kena ingat juga, PM Najib Razak merupakan pemimpin pertama dunia yang tiba di bumi Gaza, Palestin selepas negara tersebut dibom oleh Israel pada awal 2013 dan dalam masa yang sama berperanan menjadi orang tengah dalam rundingan damai di antara Hamas dan Fatah di negara tersebut. 

Cuma bertambah peliknya lagi di sini, masyarakat kita lebih menyanjungi Erdogan dan menganggap pemimpin Turki tersebut hero termasuklah bab pelarian Rohingya yang tersadai di sempadan Bangladesh.

Cerita bab negara kita hulurkan bantuan kepada pelarian Rohingya seperti makanan, perubatan, keperluan yang keseluruhannya sejumlah 112 tan, takda siapa nak bagitau dan kongsikan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kita bina hospital medan bernilai RM3.5 juta dan boleh memuatkan kira-kira 50 orang pesakit dalam satu² masa pun senyap sunyi jer nak diperkongsikan. 


Related image

Even Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pun pernah menjejakkan kaki ke sana. Menyampaikan bantuan bagi pihak kerajaan Malaysia. Malahan Malaysia juga hantar Ahli² Parlimen ke kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh bertujuan mendapatkan gambaran sebenar situasi pelarian etnik Rohingya dari wilayah Rakhine, Myanmar di kem pelarian di negara berkenaan.

Tapi baik share gambar Erdogan dan isteri ni, kan?


Bukan niat untuk menidakkan usaha Turki tapi dalam bab semangat cintakan tanah air, Malaysia. Kita kena berlaku adil dalam menyampaikan maklumat berguna kepada orang lain. Sekurang²nya menambahkan semangat bangga dalam setiap rakyat Malaysia.

Erdogan menghubungi Najib berkenaan isu tersebut dan tersebar berita bahawa Hamas inginkan Malaysia mengetuai negara Islam membantah rancangan Trump-Israel, menunjukkan bahawa Malaysia dan Najib khususnya amat berpengaruh dalam menyuarakan hak-hak umat Islam peringkat antarabangsa.


Persoalan penting di sini, mengapa masih lagi kita lebih memuji pemimpin luar berbanding Perdana Menteri sendiri berhubung hak Palestin?

Kurang membaca atau kuat sangat berpolitik?

Fakta Yang Perlu Anda Tahu:


Passport Malaysia adalah passport ke-6 paling berkuasa di dunia, setanding pasport Kanada dan Amerika Syarikat. Malahan di peringkat negara Islam, pasport Malaysia adalah paling berkuasa di dunia berbanding passport negara Islam lain.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..