Pembangkang kata peluang pekerjaan di Malaysia dah semakin membimbangkan disebabkan keadaan ekonomi negara yang dikatakan kian tenat.
Dijajakan cerita kononnya banyak kilang syarikat luar negara terpaksa menutup operasi mereka di sini disebabkan faktor kesuraman ekonomi. Walhal realiti sebenarnya adalah cabaran persaingan dalam sektor yang sama semakin sengit, pertukaran strategi perniagaan dan juga terdapat juga syarikat yang terpaksa menyelaras semula pelan perniagaan mereka.
Dakwaan banyak bank terpaksa menutup cawangan mereka disebabkan hal yang sama, padahal mereka yang membuat tuduhan ini sebenarnya tidak perasan atau sengaja buat² tak nampak bahawa kini sistem perbankan secara dalam talian sudah semakin popular dan memudahkan orang ramai berbanding terpaksa menunggu giliran di premis bank.
Semua yang diwar²kan oleh Pembangkang hari ini adalah persepsi dan strategi mereka untuk menakut²kan rakyat supaya tahap kebencian terhadap kerajaan Persekutuan bertambah. Apabila perkara sebegini digundah-gulanakan ianya akan bersangkut paut dengan peluang pekerjaan yang dimomokkan semakin tipis.
Untuk info, kerajaan Persekutuan telah pun mewujudkan lebih 2.26 juta pekerjaan dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Lagi 3 tahun jer lagi ni.
Digital Free Trade Zone (DFTZ) menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, pertama di dunia ya. Bukan yang kedua, ketiga atau keempat mahupun ke seratus dua puluh sembilan. DFTZ dijangka mampu mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk anak-anak muda.
Pembangunan Tun Razak Exchange yang sedang dibangunkan menara The Exchange 106 berhampiran bulatan Kg. Pandan dengan ketinggian 492 meter menempatkan 106 tingkat dijangka akan menjana lebih RM40 bilion kepada ekonomi dan membuka 40,000 peluang pekerjaan.
Pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB yang giat dibangunkan bersebelahan Stadium Merdeka bakal mencipta rantaian ekonomi berjumlah RM11 bilion dan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu dan menjadi mercu tanda terbaru negara setinggi 118 tingkat ini, setakat ini dijangka akan menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia.
Bandar Malaysia yang bakal dibangunkan di bekas tapak Pengkalan Udara Sg. Besi, dijangka menjana sekitar RM170 bilion dengan mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan, yang bakal menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.
Ini adalah sebahagian peluang pekerjaan yang confirm wujud hasil daripada keadaan ekonomi negara yang semakin menunjukkan prestasi baik.
Persoalan mudah, adakah kerajaan hari ini masih gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat?
Tepuk dada tanya selera. Pilihan sentiasa ada pada setiap warganegara Malaysia. Apa yang paling penting, jangan gadaikan masa depan kepada pihak yang belum tentu mengotakan janji² mereka sebelum ini.
4 Comments
setuju dgn article ini. Kjaan dh sediakn segalanya utk rakyat tp sikap kita sendiri yg pilih kerja.
ReplyDeleteSaya mohon salin tampal ke fb dengan credit Tuan Admin. Terima kasih
ReplyDeleteSilakan.
DeleteTahu takpe.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..