Istana Selangor hari ini mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali telah memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor pada Khamis lalu.
Istana dalam kenyataan menerusi Setiausaha Dewan di Raja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kembali pemulangan darjah-darjah tersebut tanpa sebarang halangan.
"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah-darjah dan Bintang-bintang Kebesaran Selangor tersebut akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang telah ditetapkan," katanya di sini hari ini.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..