Full Width CSS

Kau Tahu Tak Pangkalan Udara Sg. Besi Pernah Diserang Musuh?? #Negaraku


Dalam media sosial hari ini, sesiapa saja boleh melontarkan pandangan, idea, kritikan atau menunjukkan kebodohan dan berlagak pandai. Ada juga yang cuba² buat pandai dan tidak kurang pula yang telah menobatkan diri sebagai pakar dalam segala bidang. Tak hairan lah kalau study fashion designer pun boleh jadi pakar ketenteraan secara tiba². Itu belum sebut bab ekonomi dan 1MDB lagi, memang ramai beb pakar.

Menyentuh bab pakar ni, tiba² teringat motto syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang berbunyi, Now Everyone Can Fly atau istilah yang tepat kepada netizen hari ini adalah Now Everyone Can Be Expert.

Bila timbul bab pemindahan kem dan aset kenteraan milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dari Pengkalan Udara Sg. Besi ke Subang, Kajang dan kem² berdekatan, telah menjadi perbualan hangat di segala ceruk media sosial. Tak kurang juga yang bersembang di kedai kopi selepas video istiadat penurunan bendera dan perarakan keluar anggota & perpindahan Rejimen 31 Artileri dari Pengkalan Udara Sg. Besi menjadi tular semalam.

Saya bukanlah orang pandai pun bab ni tapi pernah terbaca mengenai perkongsian bekas anggota TUDM yang pernah berkhidmat di Pangkalan Udara Sg. Besi suatu ketika dahulu. Beliau berkongsi pengalaman mengenai ancaman musuh terhadap kem ini. Meh baca perkongsian ni sikit ;

"Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.

Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut. Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.

Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1,700 kaki untuk berlepas."


Meh tengok apa rupa pesawat Caribou tu.

Image result for Caribou TUDM

Untuk info, pesawat ini digunakan oleh TUDM dalam pelbagai misi dan operasi sebelum perkhidmatannya digantikan oleh C-130 'Charlie', sekarang ni kerajaan perlahan² menggantikan aset² yang telah berusia milik TUDM kepada aset baru, contohnya A400M. Korang pernah naik? Aku dah pernah naik pergi Labuan hari tu.

Caribou ini juga pernah digunakan untuk proses pembenihan awan sekitar Kuala Lumpur pada sekitar tahun 1997 dan 1998, time tu baru nak kecoh hal jerebu kaw kaw kat sini. Budak² hipster atau ravers takda lagi time tu.

Ok berbalik kepada cerita asalnya kononnya dakwaan kerajaan gadaikan tanah milik TUDM kepada China. Memang tak logiklah spekulasi ni. Apa korang fikir kerajaan kita ni bodoh sangat ker nak jual negara pada negara China tu. Pastu ada pula yang fikir, kem ini ditutup terus tanpa ada gantian. Padahal setiap perkara yang dirancang ini telah difikirkan sebaiknya untuk manfaat semua pihak.

Selain itu 1MDB telah dipertanggungjawabkan selepas membeli tanah tersebut kadar harga nominal (harga pasaran) untuk membina 8 buah kem baharu di seluruh negara dengan nilai RM2.7 bilion.

Seluas 8 juta kaki persegi insfrastruktur baru juga akan dibangunkan sedangkan ketika ini di Pengkalan Udara Sg. Besi hanya mempunyai keluasan bangunan 2 juta kaki persegi sahaja.


Image result for pangkalan udara sendayan

Melalui beberapa perjanjian, tanah Paengkalan Udara Sg. Besi akan digantikan dengan keluasan 300 hektar di Sendayan, Negeri Sembilan. Berbanding ketika ini keluasan Pangkalan Udara Sg. Besi hanyalah 198 hektar sahaja. Bermaksud 1MDB gantikan dengan tanah yang lebih besar dan luas.

Antara lokasi kem yang dicadangkan untuk pembangunan bagi TUDM, PDRM dan Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) seperti di Subang, Kuantan, Butterworth, Gong Kedak, Ipoh dan Kajang untuk 31 RAD.

Kesimpulannya kenapa dipindahkan adalah sebab KESELAMATAN.

Korang juga mungkin berminat membaca artikel seperti ini ;

1. Pangkalan Udara Sg. Besi 198 Hektar Digantikan Dengan Kem Seluas 300 Hektar Di Negeri Sembilan, klik sini.

2. Kem Tentera Ditutup Dan Diganti Atas Sebab Keselamatan Bukannya Suka², klik sini.

Post a Comment

0 Comments