Nah hari ini, dengan kuasa Allah. Kita semua dapat melihat bagaimana Allah membayar cash pada setiap perbuatan negatif yang dilakukan sebilangan manusia hipokrit.
Kereta mewah jenis Rolls Royce milik jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi bersepadu dijalankan di Bangsar, dekat sini malam tadi.
Ketika ditahan, kereta disewakan jutawan tersebut dinaiki dua warga asing yang turut diberkas Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
TImbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pada mulanya kereta mewah itu ditahan kerana menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, cukai jalan kenderaan itu didaftarkan di Sarawak dan ia melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menipu kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor.
"Kenderaan tersebut akan disita dan pemilik dikehendaki memohon semula cukai jalan di kawasan pengisytiharan penggunaan sebelum membuat bayaran mengikut kadar yang sepatutnya," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Sumber : Utusan & Metro
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..