Full Width CSS

Malaysia Bakal Terima Manfaat Besar Pemulihan Global - Penganalisis Singapura


PROSPEK pertumbuhan 2018 Malaysia dilihat cerah, manakala petunjuk​​​​​​ kestabilannya turut dijangka kukuh, kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Centennial Asia Advisors, Singapura, Manu Bhaskaran.

Beliau berkata, Malaysia merupakan antara ekonomi paling terbuka di dunia, dan dengan mata wang​​​​​​ yang ​berdaya saing serta sokongan baik ke arah kitaran elektronik, negara itu akan menjadi antara penerima manfaat terbesar apabila permintaan global meningkat semula.
Eksport pembuatan akan mencatat prestasi memberangsangkan dan harga komoditi sewajarnya juga meningkat,” katanya semasa Forum Unjuran Serantau ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapura, hari ini.

Bhaskaran, penganalisis penasihat strategik, merupakan antara penceramah bagi membincangkan perkara bertajuk "Aliran Ekonomi dan Kesannya ke atas Rantau".

Beliau berkata, permintaan domestik akan diturut disokong.

“Projek infrastruktur utama sedang dilaksanakan dan pelaburan swasta juga meningkat,” katanya.

Mengenai ringgit, Bhaskaran berkata, ia menjadi lebih kukuh memandangkan perdagangan kini​​ ​​​​​kembali​​​​ cergas selain itu dasar Bank Negara Malaysia yang menetapkan pengeksport perlu menukar hasil mereka kepada ringgit juga memberi dorongan kepada mata wang tersebut.

“Akaun luaran dijangka kekal mencatat lebihan, memberi lebih sokongan kepada ringgit, yang juga dibantu oleh peningkatan harga minyak mentah,” katanya.

Bagi prospek jangka panjang, Bhaskaran berkata, ia akan didorong oleh program transformasi ekonomi​​​​​​​ yang dilaksanakan kerajaan, bagaimanapun aspek berkenaan lebih bergantung kepada risiko politik memandangkan​​​​​​​ pilihan raya umum akan diadakan.

“Secara strukturnya, kerajaan itu perlu mempertimbangkan pembaharuan​​​​​​​ berpanjangan dalam menangani isu yang mempengaruhi daya saing ekonomi.

“Kecekapan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dipertingkatkan, selain perlu mengatasi​​​​​​​pembangunan modal insan untuk memperkukuhkan pertumbuhan pengeluaran, khususnya dalam usaha Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

____________________
Kena dedak kot penganalisis Singapura ni haha

Post a Comment

0 Comments