Full Width CSS

Runtuhan Tiada Kaitan Dengan Projek MRT #NegarakuMalaysia #JomNaikMRT


Kejadian struktur bangunan dalam pembinaan runtuh semalam, tiada kaitan kaitan dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang.

Tempat kemalangan yang mengorbankan seorang pekerja binaan warga Bangladesh itu, terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Cochrane, Jalan Cochrane.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah, berkata pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, dengan Stesen MRT Cochrane antara stesen laluan itu, siap dan dibuka kepada orang ramai pada Julai lalu.

"Kita ingin menjelaskan bahawa insiden itu tiada kaitan dengan Projek MRT Lembah Klang.

"Tiada lagi kerja pembinaan dijalankan oleh MRT Corp atau kontraktornya di tapak Stesen MRT Cochrane. Substesen yang kini sedang dibina oleh Tenaga Nasional Berhad bukan sebahagian daripada projek MRT," katanya dalam satu kenyataan.

Najmuddin berkata, MRT Corp menafikan kenyataan dikeluarkan pihak lain yang mengaitkan substesen itu dengan Stesen MRT Cochrane atau projek MRT.


"Substesen itu terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Cochrane, jadi substesen itu menggunakan nama berdasarkan lokasi ini," katanya.

Beliau berkata, substesen itu dipercayai bertujuan menaik taraf bekalan kuasa di seluruh kawasan.

"MRT Corp juga ingin menyuarakan rasa kesal terhadap insiden itu," katanya.

Post a Comment

0 Comments