Full Width CSS

Teka Teki Siapa Presiden & CEO #Prasarana Malaysia Berhad Akhirnya Terjawab #RapidKL


Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) hari ini mengumumkan pelantikan Masnizam Hisham sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang baharu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun dan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn Bhd (PRIME) iaitu anak syarikat milik penuh Prasarana, mengantikan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lepas.

Image result for Masnizam Hisham makkah metro

Menurut kenyataan itu, selaku CEO PRIME, Masnizam bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan projek tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro-Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi, latihan pekerja Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta dan pembangunan infrastruktur Prasarana termasuk perolehan tren, bas dan pembinaan depot, kata kenyataan itu.

Pelantikan beliau juga bertepatan dengan penambahan peranan Prasarana yang merangkumi pengoperasi Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail, MRT, bas Rapid, Feri Pulau Pinang serta Sistem Transit Rapid (RTS) yang membabitkan Kerajaan Malaysia dan Singapura.

Tahniah, semoga Prasarana Malaysia Berhad terus maju dan berdaya saing di bawah kepimpinan yang baharu. All the best dan terima kasih Datuk Seri Azmi Aziz di atas sumbangan terbaik selama ini !!

Image result for Masnizam Hisham makkah metro
Kejayaan Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi.

Post a Comment

0 Comments